Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as Siddiq r.a., ada di kalangan kaum kaum Arab telah cuba memberontak kepada kepimpinan beliau. Khalifah telah melantik Usamah Bin Zaid r.a. supaya pergi menumpaskan pemberontak2 itu (murtadeen!). Ketika itu, Usamah baru berusia lapan belas tahun. Usamah mendapat penghargaan itu kerana dia seorang pemuda yang cintakan ALLAH dan RosulNya, sangat taqwa dan terkenal sebagai pahlawan yang gagah perkasa.
Ketika hendak memulakan operasi ketenteraannya, Khalifah telah berjalan kaki keluar dari Madinah bersama sama dengan Usamah r.a. Panglima Usamah r.a. yang menaiki kuda ketika itu merasa kurang senang lantaran beliau menunggang kuda sedangkan Khalifah hanya berjalan kaki. Lalu beliau berkata:
"Wahai Paduka Tuan! Silalah tuan naiki kuda saya, biarlah saya berjalan kaki sahaja"
Maka dijawab Khalifah:
"Tak mengapa wahai Pejuang ALLAH! Jangan engkau turun dari kuda mu itu. Biarlah saya berjalan kaki sahaja. Engkau sekarang sedang menuju ke jalan ALLAH yang suci, berperang menegakkan Agama ALLAH. Aku hanya mengharapkan agar debu yang terbang dari bekas kaki kuda mu itu akan hinggap ke tubuh ku agar pahalanya sama-sama aku perolehi di AKhirat kelak!"
Setelah memberikan beberapa pesanan dan amanat kepada Panglima muda nya itu, maka berangkatlah angkatan perang ke medan Jihad dan Khalifah pun pulang ke Madinah.
Usamah r.a., orang kepercayaan Rosulullah s.a.w. dan Khalifah yang menggantikannya, ternyata membawa kembali kemenangan yang gilang gemilang untuk umat Islam!
Usamah Bin Zaid r.a. Panglima Islam yang muda, usia mudanya sudah diisi untuk berbakti kepada TuhanNya. Manakah dianya Usamah di zaman ini?
Bismillah,
ReplyDeleteMohon izin copy artikel ini..