Sayyidina Abu Bakar as siddiq r.a. adalah merupakan seorang tokoh islam yang termulia sekali di kalangan para sahabat r.anhum. Beliau amat disayangi oleh seluruh umat Islam sehinggalah ke hari ini. Ini semua adalah berkat keakrabannya dengan baginda Rosul s.a.w.
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Sayyidina ABu Bakar r.a. sendiri telah mencerikan kepadanya tentang bagaimana ia memeluk Islam.
"aku pernah mengunjungi seorang tua di Negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab serta mempunyai ramai murid. Suatu hari dia bertanya kepada ku:
"Saya kira tuan orang Tanah Haram?"
"Ya, benar!" Jawab ku.
"Saya kira tuan dari kalangan orang orang Bani Tamim?"
"Benar!" jawab ku lagi.
Lalu orang tua itu menyambung lagi...
"Ada suatu hal lagi yang saya hendak minta dari tuan, iaitu mengenai diri Tuan sendiri. Apakah boleh saya tengok perut tuan?"
Maka kata ku:
"Saya tidak mahu perlihatkan selagi tuan tidak memberitahu ku perkara yang sebenarnya."
Orang tua itupun menjelaskan:
"Saya melihat dalam ilmu yang betul bahawa seorang Nabi akan diutus di Tanah Haram yang dibantu oleh dua orang sahabatnya yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Si Muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindung dari sebarang kesusahan. Manakala yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus. Apakah salahnya kalau tuan perlihatkan kepada saya"
Maka akupun membukakan pakaian ku dan orang tua itu pun melihatkan tahi lalat hitam di atas bahagian pusat ku, lalu katanya:
"Demi Tuhan yang menguasai Ka'abah, Tuanlah orangnya!"
Kemudia dia memberi nasihat kepada ku. Aku kemudian tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana menguruskan perniagaan ku. Kemudian aku mengunjungi orang tua itu lagi untuk mengucapkan selamat tinggal. Lepas itu dia berkata:
"Bolehkah tuan menyampaikan bebarapa rangkap syairku?"
"Boleh" Jawab ku.
Aku pun membawa pulang syair2 itu ke Makkah. Apabila aku sampai sahaja, pembesar pembesar Quraisy bergegas datang menemuiku lantas berkata:
"Adakah tuan mengetahui apa yang telah terjadi?"
Kata ku: "Apakah peristiwa itu?"
Sahut mereka:
"Si yatim Abu Tholib kini mengaku menjadi Nabi,. Kalaulah tidak mengingat tuan sahabatnya, sudah lama kami selesaikan dia. Tuanlah satu satunya harapan kami untuk menyelesaikannya"
Setelah itu aku pun menyuruh mereka pulang dulu. Kemudian aku sendiri pergi menemui Rosulullah s.a.w, lalu aku berkata kepadanya:
"Wahai Muhammad! Tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga Tuan dan saya mendapat tahu bahawa Tuan terang terang telah menyimpang dari ajaran agama nenek moyang!"
Ujar baginda s.a.w.:
"Bahawa saya adalah Pesuruh ALLAH kepada mu dan sekalian manusia!"
Aku pun bertanya kepada Baginda:
"Apa buktinya?"
"Orang tua yang Tuan temui di Negeri Yaman tempoh hari" Jawabnya
Aku menambah lagi:
"Terlalu ramai orang tua yang saya temui di negeri Yaman itu"
Sabdanya pula:
"Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada Tuan"
Kata ku:
"Siapa pula yang telah memberitahu tuan wahai sahabat ku?"
Katanya:
"Malaikat yang pernah menemui Nabi-Nabi sebelum ku!"
No comments:
Post a Comment