Followers

Thursday, December 9, 2010

Serikandi Islam

  

Semasa permerintahan Khalifah Abu Bakr As Siqqid r.a. Tentera Islam telah menyerang Damsyik buat pertama kalinya pada tahun 13H. Setelah berlaku beberapa pertempuran kecil, penduduk penduduk Damsyik telah menyembunyikan diri mereka dalam kubu yang dikepung oleh tentera Islam. Tiba tiba datang berita yang mengatakan 90,000 orang orang Romawi berkumpul di Ajnadian.

Ketika itu tentera Islam berada di merata rata Syiria. Abu 'Ubaidah dan Khalid al Walid r.anhu yang baru sahaja pulang dari Damsyik setelah menakluki Iraq memutuskan supaya kesemua tentera Islam ditempatkan di satu tempat. Bilangan tentera Islam adalah seramai 24,000 orang. Maka semua Panglima Perang membawa angkatan tentera masing masing ke Ajnadain.

Abu 'Ubaidah dan Khalid al Walid r.anhu memberhentikan pengepungan ke atas Damsyik dan bergerak ke Ajnadain. Khalid r.a mengumpulkan angkatan tentera dan mara terus, Abu 'Ubaidah r.a. bersama kumpulan kecil tentera yang mengawal wanita, kanak kanak dan barang barang mengikut Khalid r.a. dari belakang. Penduduk penduduk Damsyik fikir inilah satu peluang baik untuk membalas dendam dengan menyerang tentera yang bergerak dari belakang itu. Dalam pada itu, satu angkatan tentera yang dikirim oleh Raja Rom untuk menolong orang orang Damsyik bertempur di bahagian hadapan. Tentera Islam terlah terperangkap!

Walaupun mereka terjebak dalam perangkap maut tetapi mereka masih tenang dan bersemangat untuk menghalang musuh dari kedua belah pihak. Sedang mereka menentang musuh di bahagian hadapan, orang orang Damsyik telah menawan wanita Islam dan membawa mereka ke perkubuan mereka.

Wanita wanita itu memandang antara satu sama lain apabila Khaula bintu Azdar bercakap dengan penuh kasih sayang..

"Saudara perempuan ku! Adakah kamu bersetuju untuk menyerah diri kepada Musyrikn Damsyik? Adakah kamu akan memalukan pahlawan Arab yang mulia dan hebat? Biarlah kita mati sahaja daripada kita menyerah ke dalam lembah kehinaan!!"

Sepatah dua kata ini telah menyentuh perasaan dan kehormatan wanita Arab. Dengan serta merta mereka bangun dan memegang tiang tiang khemah. Mereka bangun untuk hidup secara terhormat atau mati sahaja. Khaula bintu Azdar r.anha menjadi ketua, di belakangnya ialah Afira bint Afara, Umm Aban, Salam bint Nu'man r.anhum dan lain lain lagi. Lelaki Damsyi terpegun melihat wanita Islam membunuh 30 orang. Mereka membalas serangan itu tetapi gagal. Ketika ini tentera Islam telah pun sampai ke hadapan untuk membebaskan wanita wanita mereka. Tentera Damsyik lalu lari tidak dapat bertahan dari serangan tentera Islam lalu lari ke tempat perkubuan mereka. Tentera Islam pun setelah itu terus mara ke Ajnadain.

Gibbon telah menyebut peristiwa ini dalam catatan sejarahnya di mana beliau mengakui akan keberanian, kepahlawanan, kemuliaan dan kebaikan akhlaq wanita Islam. Beliau telah menulis bahawa mereka ini berjuang di peperangan agama dengan busur dan lembing dan apabila mereka ditawan, mereka mempertahankan kesucian diri dan agama mereka. (Gibbon, The History of Decline and Fall of the Roman Empire, bab II m/s:42-43)

Peperangan Yarmuk

Peperangan ini adalah peperangan pertama yang dirancang rapi oleh orang Islam. Bilangan mereka hanyalah 40,000 orang tetapi kesemuanyanya handal handal dan terdiri dari perwira perwira Arab. Orang orang Romawi pula berjumlah lebih dari 200,000 orang dan jika mereka mara, mereka kelihatan seperti hujan yang menyapu bersih tentera tentera Islam. Di pihak Kristian pula, bilangan mereka ialah empat kali ganda bilangan tentera Islam dan semangat mereka begitu tinggi sekali sehinggakan 30,000 orang dari mereka telah merantaikan kaki mereka supaya sukar bagi mereka untuk berundur.

Kehebatan tentera Rom yang mara ke arah tentera Islam menyebabkan tentera Islam sedikit kucar kacir. Sayap kanan tentera Islam lari lintang pukang menuju ke perkhemahan wanita. Sayap kiri pula kebanyakannya terdiri dari kaum Lakmin dan Juzam yang telah lama berada di bawah pemerintahan orang Kristian sebelum mereka memeluk Islam, turut menjadi takut dan gementar, lalu melarikan diri. Apabila orang orang Rom ini sampai ke perkhemahan mereka, kaum wanita di situ menjadi marah. Mereka keluar dari khemah khemah mereka dan menentang habis habisan akan serangan orang orang Rom itu tadi!!

Serangan tentera tentera Rom itu dapat dikekang. Wanita wanita tadi menyerbu ke barisan hadapan dan menaikkan semangat tentera tentera Islam dengan kata kata. MEreka berjaya memberikan semangat kepada tentera tentera tadi. Tentera tentera Islam yang menjadi lemah tadi, mengumpulkan segala tenaga mereka dan kembali berperang habis habisan!

Dengan pedang terhunus di tangan, para wanita Islam Quraisy bertempur sehingga mereka jatuh di hadapan lelaki. Juwairiah r.a. adik Muawiyyah r.a. mengetuai sekumpulan wanita dan telah tercedera dalam pertempuran itu. Tentera Islam merasa malu bila Khaulah bintu Azdar r.anha telah berkata:

"Wahai kamu yang meninggalkan wanita suci! Jadikanlah diri kamu sasaran anak panah dan mati!"

No comments:

Post a Comment