Followers

Tuesday, November 23, 2010

Pahlawan Tani

Suatu hari baginda Rosulullah s.a.w. keluar bersama dengan Abu Bakar r.a. dan Umar al Khattab r.a. Mereka sedang mengalami kekurangan bahan makanan. Tiada yang dapat dimakan sehingga perut mereka merasa amat lapar.

"Kenapa kamu keluar?" Sabda Baginda s.a.w ketika mereka bertembung di jalanan. Mereka tidak menjawab tetapi mengisyaratkan bahawa perut mereka lapar sekali. Umar r.a. mengangkat pakaiannya menunjukkan seketul batu diikat ke peurtnya. Abu Bakar r.a. pula menunjukkan yg perutnya juga diikat dengan batu tetapi dua ketul batu.  Rosulullah s.a.w. tersenyum lalu baginda menunjukkan bahawa perut baginda s.a.w. yang mulia itu juga diikat dengan batu lantaran kelaparan tetapi baginda mengikatnya dengan tiga ketul batu!! (seorang kekasih ALLAH kelaparan!!!!!!!!!!)

Lalu baginda s.a.w teringatkan seorang sahabat yang bernama Abu Haitham Bin Taihan r.a. Seorang mujahid yang tinggal di pinggir kota. Selalu mengikuti peperangan bersama baginda rosul s.a.w. dan beliau menyara hidup sebagai seorang petani dengan isterinya dan hidup sebagai orang desa. Memelihara Kambing dan mempunyai kebun Kurma. Suami isteri bekerja tanpa ada pembantu seorang pun mahupun haiwan untuk melaksanakan tugasan sebagai petani. Mereka mencari, menimba dan menyiram sendiri tanaman mereka.

Lalu Baginda s.a.w. bertiga menuju ke rumah Haitham r.a.

"Assalamu'alaykum!"

............

"Assalaamu'alaykum!"


.....................


"Assalaamu'alaykum!"


"Alaykash shalatu wassalam Ya Rosulullah!!" Baru ada jawapan dari tuan rumah yang mulia Abu Haitham r.a.!

"Kenapa engkau tidak membalas salam kami dari tadi?" tanya Nabi s.a.w. kepadanya

"Aku ingin agar engkau ulang ulangi salam kepada kami Ya Rosulullah! " Jawab isteri Abu Haitham r.a.


Nabi pun tersenyum mendengarkan jawapan itu, lalu masuk duduk bersama sama. ISteri Abu Haitham r.a. menyediakan makanan untuk tamunya itu olalu makanlah Nabi s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.

MEreka suami isteri mempunyai kambing, maka mereka ingin menyediakan susu kambing kepada tamu agung mereka. Nabi s.a.w. mengetahui keinginan mereka lalu bersabda:

"Hendaknya Kambing yang banyak susunya!"

Demikianlah suasana gembira telah menyeliputi rumahtangga ini, mereka dikunjungi tetamu terhormat dari kota. Nabi s.a.w dan dua orang sahabatnya pun gembira mendapat layanan baik dari tuan rumah yang mulia, Abu Haitham dan isterinya.

Baginda s.a.w merasa ada sesuatu kekurangan kepada sahabatnya itu iaitu mereka tiada mempunyai pembantu untuk bekerja.

"Kalau nanti ada tawanan perang, datanglah engkau kepada kami" Sabda Rosul s.a.w. kepada Abu Haitham suami isteri r.a.

Setelah itu, kembalilah Rosulullah s.a.w. dan dua sahabatnya ke kota meninggalkan suami isteri yang kegembiraan dapat berbakti dan berkhidmat kepada baginda s.a.w. dan sahabat sahabatnya r.a. yang lain.

Satu hari, beliau r.a. telah pergi menemui baginda Rosul s.a.w. setelah mendengarkan ada tawanan perang. Tentu Nabi s.a.w. akan menepati janjinya.


"Hanya ada dua orang tawanan, pilihlah mana yang engkau mahu" Sabda baginda s.a.w. kpd Abu Haitham r.a.

Setelah memilih salah seorang darinya, dia pun membawanya pulang ke rumahnya lalu isterinya ingin sekali memerdekakan hamba yang baru diperolehinya itu. Dia melihat orang itu tidak mempunyai tenaga yang kuat, kerja kerja di kebun memerlukan kekuatan fizikal yang mana tiada pada hamba itu, pasti nanti menyusahkan hambanya itu sahaja. Lalu hamba itu dimerdekakan sudahnya.

Berita ini sampai kepada Rosulullah s.a.w. dan baginda amat gembira melihatkan perlakuan sahabatnya suami isteri itu. Betapa jua hanya seorang petani namun sifat taqwanya tetap tinggi nilainya di sisi ALLAH. Begitulah kisah dua orang Mujahid agung di zaman Rosulullah s.a.w, suami di barisan hadapan, isteri di barisan belakang!!

No comments:

Post a Comment