Followers

Tuesday, November 2, 2010

Sang Perindu: Muqad r.a.

Muqad r.a. ialah seorang penduduk Madinah yang lumpuh yang mana menyebabkan ia tidak dapat bergerak dan berpergian. Namun imannya yang teguh tetap ingin bertekad dan berazam untuk menyertai Rosulullah s.a.w. sebagai seorang Muslim, namun tenaga dan keupayaannya tiada.

Muqad r.a. ini orang yang tidak dapat berjalan dan sepanjan panjang hari dia hanya mampu untuk duduk duduk sahaja. Sentiasa sahaja dia berusaha dan mencari cari peluang untuk mendengar dan mengikuti perkembangan Islam dan perjuangan Rosul s.a.w. Walaupun tak dapat berbuat sepertimana pengorbanan muslimin yang lain, namun hatinya teguh menyintai ALLAH dan Rosul dalam kemampuan yang ada padanya.

"Bawalah aku ke pinggir pinggir jalan yang dilalui oleh Rosulullah s.a.w tatkala baginda s.a.w. ke Masjid" Pinta Muqad r.a. pada keluarganya..

Betapa rindunya beliau pada Baginda Rosulullah s.a.w. tak dapat dibayangkan kita semua yang hidup di akhir zaman ini. Beliau ingin sentiasa mendengar akan sabdaan sabdaan Nabi s.a.w. Harapannya dikabulkan oleh keluarganya. Dia pun dibawa ke pinggir jalan yang akan dilalui oleh Rosulullah s.a.w. pada hari berkenaan. Sudah tentu tidak akan dapat bertemu terus kerna pada hari itu, dia sampai awal benar dan Rosulullah s.a.w. belum lagi melalui jalan itu.. baginya, menunggu pun sudah ukup menyejukkan perasaannya lantaran tahu dan yakin nanti baginda akan melalui jalan itu jua ..

Semua ini diketahui dan disampaikan oleh ALLAH melalui Jibril as kepada baginda s.a.w. Lalu tatkala baginda melewati jalan itu, terus diucapkan salam kepada Muqad r.a. terlebih dahulu (memang sunnah baginda s.a.w. lebih dahulu memberi salam kpd sahabat sebelum sempat mereka berbuat demikian!) Bukan main kepalang gembira lah si Muqad r.a. menemui yg dirinduinya pada saat dan ketika itu. Setelah selesai pertemuan ringkas itu, keluarganya pun mahu membawanya pulang. Puas hati Muqad r.a. kerna pergi dan balik selalu Nabi s.a.w. mengucapkan salam kepadanya bila baginda s.a.w. melihat Muqad masih ada di situ.

"Demi ALLAH! Aku tak mahu pulang lagi!" Kata Muqad r.a. kpd keluarnya.

"Selama Rosulullah s.a.w. masih hidup, saya tidak akan mahu pergi dari sini, sebab itu kamu dirikanlah khushsh untuk ku di sini" begitulah harapannya pada keluarganya.

Khush adalah rumah dari kayu sekadarnya atau kita panggai pondok/dangau, hanya sekadar melindungi dari panas dan berteduh waktu hujan. Keluarganya pun memenuhi permohonan Muqad r.a. itu lalu mendirikan sebuah Khush di pinggir jalan berkenaan.

Maka mulalah Muqad r.a. mendudukinya dengan penuh kerinduan dan pengharapan serta kegembiraan. Nabi s.a.w. pun mengetahui akan hal ehwal Muqad r.a. lalu setiap kali melalui jalan itu, baginda s.a.w. akan singah kepadanya diucapkan salam dan digembirakan hatinya.... subhanallah.......

Demikianlah berlalu hari demi hari, bulan demi bulan...

Sehinggalah sampailah saat dan ketikanya yang telah dijanjikan... Muqad r.a. meninggal dunia!

Kematiannya disampaikan kepada Baginda s.a.w. sehingga baginda segera mengziarahi jenazahnya dengan penuh keharuan. Beberapa orang sahabat r.anhum turut bersama baginda s.a.w. untuk melepaskan pergi hamba ini ke alam Barzah seorang diri!

"Seorang pun tak boleh mendekati tempatnya selain dari aku!" sabda Nabi s.a.w. kpd para sahabat.

Nabi segera masuk sedang sahabt yang lain berada di luar sahaja. Mereka ingin kalau diizinkan untuk melihat jenazah Muqad r.a. yang mempunyai jalan hidupnya sendiri..

Sewaktu Nabi s.a.w. masuk ke tempatnya, maka baginda s.a.w. melihat Malaikat Jibril a.s. sudah ada dekatnya. Barangkali inilah sebabnya Baginda s.a.w. belum mengizinkan sahabat lain ikut masuk bersama baginda s.a.w.

"Wahai Rosulullah! Sekiranya engkau tidak datang maka kamilah yang akan menyelenggarakan urusanya. Tetapi kerana engkau telah datang, maka engkaulah yang lebih utama menguruskannya" Kata Jibril a.s. kpd baginda s.a.w.

Akhirnya baginda s.a.w. sendiri yang menguruskan jenazah sahabatnya yang mulia Muqad r.a., memandikan, mengafani, menyolati dan memasiukkan ke kubur. Berangkatlah dia pergi ke alam Baqa dengan iman yang sempurna yang berada dalam jasadnya yang lumpuh dan lemah. Rosul s.a.w. memperlihatkan kasih sayang kepadanya dalam bentuk lain dari yang lain. Sebab Muqad r.a. adalah orang yang mengalami lumpuh jasmaniyyah tetapi imannya tidak lumpuh!!! Dengan iman yang sempurna inilah dia menyintai ALLAH dan RosulNya dan dengan inilah dia pulang mengadap ALLAH SWT!!!



ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD!!!

2 comments:

  1. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaykumussalam warahmatullah..

    Terima kasih sudi bertandang... Semoga ada manfaatnya insyaALLAH..

    ReplyDelete