Pada ketika Rosulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum sedang mempersiapkan diri utk menghadapi peperangan Uhud, telah berlaku satu hal yang tek terdugakan. Muncul seorang lelaki yang bernama AMAR Bin TSABIT telah datang menemui baginda s.a.w. Dia rupanya mahu memeluk agama Islam serta ikut berperang di bawah panji panji kebenaran!
"Ini satu keajaiban!"
Amar berasal dari suku kaum Bani Asyahali. Sekalian kaumnya telah masuk Islam setelah tokoh terkenal mereka Saad Bin Mu'az r.a telah memeluk Islam. Tetapi Amar ni enggan. Keangkuhan jahiliyyah begitu menonjol dalam dirinya walaupun dia ni adalah merupakan orang yang baik dalam pergaulan iaitu mempunyai akhlak yang baik.
Ketika dia diseru untuk masuk Islam, dijawabnya dgn angkuh "Kalau aku tahu kebenaran yang kamu kemukakan itu, sudah pasti aku tidak akan terkemudian mengikutnya"
Kaum Muslimin Madinah pun dah tahu akan betapa anehnya dan asing Amar ini ditengah tengah kaumnya yang telahpun memeluk Islam. Dia terasing sorang sorang, hatinya belum lagi terbuka untuk menerima sinaran kebaikan Islam yg terang benderang itu!
Tapi sekarang, tika org ramai bersiap siap utk pergi berperang, dia telah muncul, muncul dgn niat untuk masuk Islam dan ikut sama berperang mempertahankannya! Dia datang bersama pedangnya yang tajam kemas bersarung disisinya ketika menemui Nabi s.a.w.
Kedatangan Amar disambut baginda rosul s.a.w. dgn gembira dan tambah rela pula mengizinkan Amar utk turut serta dalam peperangan Uhud itu. Namun berita keislamannya tak ramai yang mengetahui lantaran masing masing sibuk dengan persiapan utk pergi berperang termasuklah dikalangan kaumnya sendiri. Bani Asyahali.
Dalam peperangan itu, Amar tak gentar malah menunkjukkan keperkasaan dan keberanian yang luar biasa, berkali kali tubuhnya dihinggapi pukulan pedang musyrikin, namun tak dihiraukannya malah terus maju ke tengah tengah medan sehinggalah beliau akhiornya jatuh pengsan.
"Untuk apa datang ke mari ya Amar?" Tanya org lain yang hairan melihat kehadirannya kerna mereka menyangka beliau masih lagi seorang musyrik..dalam keadaan antara hidup dgn mati itu, Amar telah berkata "Aku telah beriman kpd ALLAH dan RosulNya, lalu aku siapkan pedang ku ini dan maju ke medan Uhud. ALLAH akan memberikan syahadah pada ku dalam waktu yg tak lama lagi"
Amar r.a. Syahid!!
Dalam peperangan itu, Amar telah gugur sebagai seorang syuhada! Ruhnya mengadap hadrat Ilahi sebagai pahlawan Syahid. Waktu hal ini diketahui oleh baginda Rosul s.a.w., maka baginda pun bersabda:
"Amar itu akan berada dalam Syurga nantinya"
Dan kaum muslimin yg mengetahui akan hal keadaan Amar menjadi takjub semuanya..ianya betul betul di luar jangkaan mereka..
Telah berkata Abu Huraira r.a. iaitu seorang sahabat yang paling banyak mengetahui hadith Nabi s.a.w. Nabi telah bersabda kpd kaum Muslimin (mafhumnya:)
"Cuba kamu kemukakan kepada ku seorang yang masuk Syurga sedang dia tak pernah bersolat sekali pun juga terhadap ALLAH" ....
"Jika kamu tidak tahu orangnya" kata Abu Hurairah r.a. lai, lalu ia pun menyambung..ujarnya " Maka baiklah, aku beritahukan, itulah dia AMAR bin TSABIT r.a.!"
Untuk berjaya dalam hidup, maka perlulah kita mencontohi mereka yang telahpun berjaya. Inilah sunnatullah yang biasa kita lihat. Maka untuk kita berjaya di sisiNya, perlulah kita mencontohi mereka yang berjaya di sisiNya iaitulah Rosulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum. 'Sibghah' siapakah yang lebih baik dari 'sibghah' ALLAH? Semoga ALLAH menancapkan kecintaan yang tinggi dalam diri kita kepada Rosulullah s.a.w. dan mereka yg paling menyintai baginda s.a.w iaitu para sahabat r.anhum.
No comments:
Post a Comment