Followers

Thursday, November 11, 2010

Pencinta Yg Tulus

Tsauban r.a., begitulah nama seorang Maula Nabi s.a.w. Sayang sekali ia akan Nabi s.a.w. Bila tidak bertemu, bukan main sedihnya di hati Tsauban r.a.  Sungguh sayang sekali dia kepada Nabi s.a.w., begitu pula Nabi s.a.w. kepada Tsauban r.a. sendiri. Ia sendiri pula banyak meriwayatkan hadith Rosul. Banyak hasilnya dia berada di samping Nabi kita s.a.w.

Kisahnya Bermula

Pada suatu hari, ia datang menemui Nabi s.a.w. Wajahnya nampak lain. Ia bersedih sekali dan jelas tampak nyata pada wajahnya. Melihat wajahnya yang sedemikian rupa, maka Nabi s.a.w. pun bertanya:

"Kenapa tampak berubah air muka mu Tsauban?" Tanya baginda sa.w.

"Wahai Rosulullah, Aku bukan sakit. Hanya bila engkau aku tidak bertemu, selalu hati ku sedih sahaja. Bila sudah bertemu, baru aku dapat bergembira!"

Tsauban r.a. menceritakan akan kisah dirinya. Ia teringat betapa nanti Rosulullah s.a.w. sudah wafat. Apakah nanti di akhirat masih dapat bertemu dengan baginda s.a.w.??

"Bila aku ingat akhirat, cemas sekali hati ku, kalau kalau aku tak dapat melihat engkau lagi. Sebab engkau menempati tempat yang tinggi beserta para Nabi. Aku ini, jika dapat masuk Syurga tentu tempat ku di bawah sahaja. Apalagi jika aku tak masuk Syurga, sudah tentu aku tak dapat berjumpa dengan engkau lagi selama-lamanya!" kata Tsauban r.a.

Rosulullah s.a.w. sendiri tak dapat menjawabnya kerana hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui soal tempat manusia di Akhirat nanti. Maka akhirnya turunlah ayat kepada Nabi s.a.w.:


وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقًا


Terjemahannya:

"Dan sesiapa yang taat kepada ALLAH dan RosulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh ALLAH kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (An-Nisaa':69)  
Dengan berkat kecintaan Tsauban r.a. ini seolahnya telah membantu menjawab persoalan kita umat akhir akhir zaman ini kerna baginda Rosul s.a.w. tiada di sisi kita, baginda s.a.w. telah meninggalkan lebih dari seribu tahun yang lalu..

Tika itu, Nabi bukan Kaisar atau Raja yang memakai pengawal dan penjaga sepanjang hari. Mereka di zaman itu dapat berjumpa dengan Nabi dengan mudah setiap waktu, tapi bagaimana dengan Akhirat??

Sungguh tepat sekali pertanyaan Tsauban r.a. yang bijak ini yg seolahnya mewakili seluruh umat Islam pada seluruh zaman! Sungguh berjasa Tsauban r.a. ini kepada para pencinta tulus di zaman akhir akhir zaman ini.. Semoga kita SEMUA dapat bertemu baginda s.a.w nanti walau kita tidak akan mencapai darjat yang tinggi dalam Syurga. Ini jika kita memang diberi rahmat ALLAH masuk ke Syurga... (tapi kita tak mahu masuk Neraka...uhuhuhu) 

Sollu 'Alan Nabiyy!!

No comments:

Post a Comment