Followers

Wednesday, February 19, 2020

SINGA TUNDUK KEPADA MAULA(ORANG SURUHAN) RASULULLAH صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم

Sayyiduna Safinah atau juga dikenal sebagai Abu 'Abdir Rahman atau Abu Bakhturi pada asalnya merupakan seorang pembantu atau hamba kepada Sayyidatuna Ummu Salamah رضي الله عنها و سلام الله عليها yang dimerdekakan dengan syarat,dia harus berkhidmat sehingga hujung usia kepada Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم.

Baginda memberikan gelaran nama Safinah (bahtera) kepada beliau kerana dalam suatu perjalanan bersama Baginda,banyak barang-barang yang dikendong oleh salah satu tunggangan mereka keciciran namun berjaya dikendalikan serta diselamatkan oleh Sayyiduna Safinah, menyebabkan Baginda mengatakan bahawa dia adalah seperti sebuah Safinah.Dikatakan dalam berberapa riwayat,selepas peristiwa itu beliau mampu mengangkat bebanan hampir sama berat yang mampu ditanggung 6 ekor unta seorang diri sahaja!

Suatu ketika, Sayyiduna Safinah bersama berberapa orang yang lain sedang dalam perjalanan meredah padang pasir,lalu mereka terserempak dengan seekor singa.

Tanpa gentar,beliau berseru kepada singa dengan katanya; "Wahai singa! Aku adalah Maula Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم!"

Maka singa itu menganggukkan kepalanya dan bertindak sebagai pengiring kepada rombongan itu sehingga mereka sampai ke tempat tujuan.

Rujuk: Siyar Alam Nubala',Imam Adz Dzahabi.

Friday, October 27, 2017

KISAH SEORANG LELAKI PADA ZAMAN NABI MUSA A.S

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman "Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan jenazahnya."

Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa A.S bertanya, "beritahulah aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berkata kepada Tuhan-Nya dengan berkata, "Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka."

Kemudian Allah berfirman, "Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani." Tanya Nabi Musa "Ya Allah, apakah tiga perkara itu?"

Allah berfirman, "Ketika dia diambang kematiannya :

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati.. 
Pertama sekali dia berkata, "Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku."

2) Mencintai Orang Soleh.. 
Kedua dia berkata, "Ya Allah,Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq".

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa  
Ketiga dia berkata " Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan kedalam syurga itu akan mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku ?"

Lelaki itu kemudian berkata lagi, "Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."

Maka, Allah pun berfirman, "Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapanku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."

Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekalipun.Firman Allah “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu “( Surah Al-A'raf : 156). Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Amiin.

(Riwayat Wahhab Bin Munabbih ,Kitab Tawwabin Susunan Imam Ibnu Qudamah )

Wednesday, October 21, 2015

BERGEGAR ARASY ALLAH KETIKA SYAHIDNYA

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam.

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami  meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.

Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah.

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut,  Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,

Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar  seruan untuk berjihad ke medan peperangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad as-Sulami   dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenazahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Thursday, October 8, 2015

Penghakiman paling aneh di dunia

Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam,  padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz.Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:

-Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?
Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?
Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?
Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:
Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!

Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi?

Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang   menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka.

Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah!Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.

Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi

Thursday, July 4, 2013

Kisah Pembesar Aus Menerima Islam

"Itu adalah Malaikat yang sedang mendengar bacaan Al Qur'an mu wahai Usaid...!"
 (Muhammad saaw)



Mus’ab bin ‘Umair r.a. seorang pemuda Makkah, tiba di Yathrib sebagai pembawa tugas dakwah pertama dalam sejarah Islam. - DUTA ISLAM PERTAMA

Dia tinggal di rumah As’ad bin Zurarah r.a. (perwira dan pembesar di zaman Jahiliyyah dan Islam serta antara penduduk Madinah pertama yg memeluk Islam). As’ad r.a. adalah seorang pemimpin suku Khazraj. Selain menjadi tempat persinggahan, rumah As’ad dijadikan pusat penyebaran dakwah agama ALLAH.

Sejak itu penduduk  Yathrib mulai mengikuti pertemuan pertemuan bersama pendakwah muda, Mus’ab bin ‘Umair r.a. dan jumlah mereka semakin bertambah setiap hari dan semakin besar. Mereka sangat tertarik dengan kata katanya yang halus, hujahnya jelas, wataknya yang lembut dan sinar keimanan yang memandar dari wajahnya.

Selain itu, Mus’ab r.a. memiliki daya tarikan yg lebih kuat yakni Al Quran yg dia baca dalam setiap pertemuan. Mus’ab r.a. membaca beberapa ayat Al-Qur’an yg begitu jelas, dengan suaranya yg merdu dan nada yang indah sehingga banyak hati yg keras menjadi luluh dan membuatkan orang yang mendengarnya tidak dapat menahan titisan airmata. Untuk itu, tidak hairanlah jika di setiap akhir pertemuan ramai penduduk Yathrib yg memeluk Islam dan beriman kepada ALLAH.

Pada suatu hari, As’ad bin Zurarah r.a. keluar bersama tetamunya Mus’ab bin Umair r.a. untuk menemui sekelompok anggota suku Bani Asyhal dan menerangkan ajaran Islam. Keduanya masuk ke kebun milik Bani Asyhal dan duduk di tepi telaga yang airnya begitu jernih dan suasananya yang teduh kerana dilindungi pokok pokok kurma.

Di tempat itu, berkumpul beberapa orang yg memeluk Islam dan ada beberapa orang lagi yg baru mengetahui tentang Islam.

Mus’ab r.a. pun mulai menyampaikan dakwah dan khabar gembira, sementara org2 yg duduk mengelilinginya mendengar dgn penuh minat kerena terkesan oleh bicaranya yg sangat indah. Sementara di tempat lain, muncul seseorang menemui Usaid bin Hudhair r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz  yg merupakan pemimpin suku Aus.

Org itu datang untuk melaporkan bahawa pendakwah dari Makkah yg selama ini jadi buah mulut, telah datang ke tempat yg begitu dekat dengan tempat tinggal mereka. Dia boleh berada di tempat itu kerana ditemani oleh As’ad bin Zurarah r.a. Setelah mendengar laporan itu, Sa’ad bin Mu’adz r.a. berkata kepada Usaid bn Hadhair r.a.:

“Hai Usaid! Temui pemuda Makkah yang datang ke kampong kita untuk memperdayakan orang orang yg lemah  dan mencaci maki tuhan tuhan kita. Suruh dia menghentikan kegiatannya dan peringatkan agar jgn sekali kali menginjakkan kakinya ke kampong kita… Kalau lah bukan kerana dia menjadi tetamu sepupuku, As’ad bin Zurarah r.a. dan mendapat perlindungan darinya, maka aku sendiri yang akan mengusirnya!”

 Usaid  terus mengambil pisau panjangnya, lalu bertolak menuju kebun yg sedang dijadikan tempat pertemuan oleh Mus’ab r.a.

Ketika As’ad bin Zurarah r.a. melihat kedatangan Usaid, dia berkata kepada Mus’ab r.a.:

“Hai Mus’ab! Yg datang ini adalah seorang Pembesar, pemikirannya cerdas dan memiliki sifat yg hampir sempurna. Dial ah Usaid bin Hudhair. Jika dia mahu memeluk Islam, pasti ramai diantara kaumnya yg akan mengikuti jejak langkahnya. Kerana itu, sampaikanlah ajaran allah dgn ringkas dan gunakanlah cara yg terbaik”

Usaid berdiri menghadap org2 yg berkumpul di tempat itu, lalu merenung kea rah Mus’ab r.a. dan sahabatnya sambil berkata:

“Apa tujuan kedatangan kalian ke kampong kami dan apa yang membuat kalian berdua tertarik dengan penduduk awam kami? Keluarlah dari kampong ini jika masih saying dgn nyawa kalian!”

Mus’ab r.a. berpaling kea rah Usaid dgn wajahnya yg memancarkan cahaya iman, lalu berkata dengan penuh ketulusan dan sgt sopan:
“wahai Pembesar Aus, mahukah engkau mendengar sesuatu yg lebih baik dari itu?”

Usaid menjawab: “Apakah itu?”

Mus’ab menjawab:
“Begini, engkau duduk dulu dan mendengarkan apa yang akan kami sampaikan. Jika engkau suka dengan apa yg kami sampaikan, maka terimalah. Namun jika tidak kami akan pergi dan tidak datang lagi ke sini”

Usaid menjawab: “Baiklah, itu keputusan yg adil” .. lantas memacakkan tombaknya ke tanah

Mus’ab r.a mulai menerangkan hakikat Islam dan membacakan beberapa ayat Al Qur’an di depan Usaid sehingga membuatnya merasa begitu tenang dan cahaya terbit dari wajahnya sambil berkata:
“Sungguh indah sekali perkataanmu dan sungguh luhur bacaan mu tadi. Apa yg harus dilakukan jika mahu memeluk Islam?”

Mus’ab  r.a. menjawab:
“Mandilah dan bershkanlatlah  pakaian mu, lalu ucapkanlah kalimah syahadah bahawa Tiada TUhan  yg layak disembah kecuali ALLAH dan Muhammad adalah utusan ALLAH, lalu solatlah dua roka’at”

Usaid terus menuju ke perigi lalu membersihkan dirinya. Setelah itu dia mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH, lalu solat dua roka’at.

Hari itu, jumlah pembela panji Islam bertambah dengan bergabungnya seorang pahlawan Arab yg tersohor, sekaligus tokoh Aus yg terkenal. Kaumnya menggelar Usaid al Kamil (sempurna) kerna sangat cerdas dan berasal dari keluarga terhormat. Juga kerana menggabungkan dua keahlian sekaligus iaitu pedang dan pena. Selain dikenali sebagai Pahlawan dan pandai memanah, dia juga pandai membaca dan menulis.

Keputusan Usaid r.a. untuk memeluk Islam menjadi penyebab Sa’ad bin Mu’adz r.a. masuk Islam dan diikuti ramai lagi yg turut memeluk agama Islam. Semenjak Islamnya dua orang tokoh ini menjadi penyebab Islamnya majority suku kaum Aus sehingga kemudian Madinah layak menjadi tempat hijrah Rosulullah saw sekaligus benteng dan tonggak pemerintahan Islam.

Usaid bin Hudhair r.a. sangat menyukai Al Qur’an, sejak mendengarnya pertama kali dari bacaan Mus’ab  r.a. seperti seorang yg menyukai kekasihnya. Ketekunannya mempelajari Al Qur’an ibarat orang kehausan yang menemukan matair yg jernih di tengah hari yang sangat panas. Al Qur’an benar benar menjadi pusat kesibukan yg mengunci sebahagian besar waktunya. Sejak masuk Islam kegiatan utama Usaid r.a. ialah berjihad di jalan ALLAH atau menyibukkan dirinya dengan membaca Al Qur’an.


Usaid r.a. mempunyai suara yg merdu, pengucapannya yg jelas dan bacaan yg baik. Saat paling indah baginya untuk membaca Al Qur’an adalah ketika malam sunyi iaitu ketika mahu terlelap dalam keadaan dan suasana yg begitu tenang.

Wednesday, September 26, 2012

Rindu Yg Tak Bertepi

Kerinduan Batang Kurma

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata: "adalah dahulu Rosulullah saaw berdiri (berkhutbah) di atas sebatang Kurma, maka tatkala batang kurma itu dijadikan mimbar baginya, kami mendengar satu suara dari pohon kurma tersebut seperti suara Unta hingga Rosulullah saaw turun kemudian Beliau meletakkan tangannya di atas batang Kurma tersebut" (Riwayat Bukhori)

Ibnu 'Umar r.a. berkata "Rosulullah saaw pernah berkhutbah (sambil berdiri) di atas sebatang Kurma. Tatkala beliau telah jadikannya sebagai mimbar, maka tiba tiba Beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi saaw mendatanginya sambil menepuk nepuk tangannya pada batang Kurma itu (untuk menenangkannya)"  (Riwayat Bukhori dan At Tirmidzi)


Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sentiasa mengisahkan peristiwa ajaib itu. Setiap kali beliau menyampaikan kisah itu, selalu sahaja berkata: "Wahai kaum Muslimin, bila kayu meratap, menangis kerana rindu ingin dipakai lagi, dan bila batu batu kecil selalu membaca tasbih di tangan Baginda saaw, maka sudah sepatutnya kamu lebih amat merindui kepada Baginda saaw"

Bila mengingati akan peristiwa itu, Sayyidina Hassan r.a. amat tersentuh sekali dengan kerana sebagai cucu kpd Rosulullah saaw, sepatutnya lebih cinta dan merindui kepada datuknya melebihi dpd makhluk makhluk yg tidak berakal itu. Lalu mengalirkan airmata kerinduan dari pelupuk matanya...


Yaaa Rosulullah.................... 

Monday, January 9, 2012

Manusia Paling Dipercaya Umat ini

"Setiap umat memiliki seorang yang dipercayai dan orang yang dipercayai dalam umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah!" - (Nabi Muhammad saaw)


Dia merupakan seorang yg berwajah kacak, tampan, elok dipandang, tegap dan kecil pipinya. Tunduk setiap jiwa yg berjumpa dengannya serta mententeramkan hati. Dia juga seorang yang lemah lembut dalam pergaulan, tawadhuk serta pemalu. Tetapi jika mengerjakan dan menekuni sesuatu bagaikan singa yang sedang menerkam..

Dia bagaikan  mata pedang yang berkilauan dan tajam. Dia adalah orang kepercayaan Nabi Muhammad saaw. Dialah 'Amir bin Abdullah Ibnu Jarrah Al-Fihri Al Quraisy atau lebih dikenali dengan nama Abu 'Ubaidah Ibnu Jarrah r.a.

Abdullah Bin 'Umar r.a. berkata: "Tiga orang Quraisy yang berwajah cerah, berakhlak mulia, pemalu. Jika mereka berbicara dengan mu, tidak pernah membohongi mu. Jika engkau bercakap cakap dengan mereka, tidak pernah membohongi mu. Mereka ialah Abu Bakr as Siddiq, Uthman bin 'Affan dan Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah."

Abu 'Ubaidah r.a termasuk antara yang pertama memeluk Islam. Dia memeluk Islam sehari setelah Abu Bakr r.a. memeluk Islam. Dia memeluk Islam kerna Abu Bakr dan dia bersama Abdul Rahman bin 'Auf, 'Uthman bin Maz'un dan Arqam bin Abi Arqam r.anhum pergi menemui baginda saaw dan menyatakan keislaman mereka di hadapan baginda saaw. Mereka merupakan tonggak utama penyebaran Islam. Abu 'Ubaidah r.a. turut merasakan pahitnya penderitaan, kesempitan, bahaya dan kesedihan kaum Muslimin di Makkah sejak awal Islam hingga akhir. Namun peristiwa di Badr melebihi perhitungan penderitaan orang lain.


PERISTIWA DI MEDAN BADR


Abu 'Ubaidah r.a berangkat ke Badr bersama tentera Islam lainnya. Dia seorang pemberani dan tidak takut mati untuk agama ALLAH. Dia sentiasa diawasi oleh tentera Quraisy, mereka akan berusaha sedayanya untuk mengelak dari bertembung dengannya. Tetapi, ada seorang lelaki di antara tentera Quraisy itu yang begitu bernafsu sekali untuk menyerang dan membunuhnya sedangkan Abu 'Ubaidah r.a pula berusaha untuk menghindar darinya!

Setelah beberapa kali mengelak, akhirnya tiba tiba lelaki itu tercegat di hadapannya dgn pedang terhunus tatkala perang masih berkecamuk. Abu 'Ubaidah r.a. tiada pilihan lain melainkan untuk berhadapan dgn lelaki yg dia hindari beberapa kali dari bertembung dengannya. Maka ditaqdirkan dalam pertempuran itu, lelaki itu tersungkur rebah terkena libasan dan kilatan pedang Abu 'Ubaidah r.a. di kepalanya. Lelaki itu ialah Abdullah Ibnu Jarrah, BAPA Abu 'Ubaidah r.a. sendiri.

Berlakunya peristiwa itu, lalu turunlah ayat 22 dalam Surah Al Mujadalah yg membela tindakan dan perbuatan abu 'Ubaidah r.a. di Medan Badr  iaitulah:

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَـٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(22:سورة المجادلة)

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. "



ORANG KEPERCAYAAN NABI SAAW

Muhammad bin Ja'afar r.a. menceritakan bahawa suatu hari datang bertamu tetamu dari kaum Ansor menemui Rosulullah saaw. Mereka berkata: "Ya Abi Al-Qosim, utuskanlah bersama kami seorang sahabat mu yang engkau redhoi bagi kami untuk memutuskan suatu perkata antara kami kerana kami percaya kepada kalian kaum Muslimin"

Rosulullah saaw bersabda: "Datanglah kepada ku pada petang hari. Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang paling dipercayai."

'Umar al Khattab r.a. berkata: "Lalu aku segera berangkat solat Zuhur. Sesungguhnya aku sangat berharap orang yang disebut Nabi saaw itu adalah aku."

"Ketika kami telah selesai solat bersama Rosulullah saaw, baginda menoleh ke kiri dan ke kanan. Lalu aku berusaha menampakkan diri ku agar dilihat oleh baginda saaw. Tetapi Baginda saaw tidak menoleh pandangan kepada ku hinggalah baginda melihat Abu 'Ubaidah Ibnu Jarrah r.a. Lalu baginda saaw memanggilnya dan berkata: "Pergilah bersama mereka. Putuskanlah perkara yang mereka perselisihkan dengan kebenaran."


Abu 'Ubaidah r.a. juga seorang yg kuat memegang amanah. Suatu hari Rosulullah saaw mengutus beberapa sahabat r.anhum untuk menemui kafilah Quraisy. Baginda melantik Abu 'Ubaidah r.a. sebagai pemimpin mereka. Rosulullah saaw membekalkan mereka dengan sekantung kurma yang tidak pernah didapatkan oleh seorang pun. Abu 'Ubaidah r.a. membahagikan satu biji kurma kepada setiap tenteranya pada setiap hari. Mereka menghisapnya seperti seorang bayi menghisap susu ibu. Kemudian mereka minum air dan makanan itu cukup sampai malam harinya.


PEPERANGAN UHUD

Pada perang Uhud, ketika kaum Muslimin terdesak, seorang musyrik berteriak, "Tunjukkan aku di mana Muhammad!! Tunjukkan aku di mana Muhammad!!"

Ketika itu Abu 'Ubaidah r.a. adalah salah seorang dari sepuluh sahabat yang mengelilingi Nabi saaw untuk melindungi baginda saaw dgn batang tubuh mereka sendiri. Tatkala peperangan berakhir, gigi Rosulullah saaw patah dan dahi baginda saaw terluka. Dua lingkaran baju besinya melekat pada bahagian atas pipinya. Lalu Abu Bakr berusaha untuk melepaskannya dari bahagian pipi baginda saaw.. Abu 'Ubaidah r.a berkata kepadanya: "Tinggalkanlah, biar aku yg melakukannya."

Abu Bakr r.a. pun meninggalkannya untuk diurusi oleh Abu 'Ubaidah al Jarrah r.a. Dibimbangi olehnya sekiranya ia menggunakan tangan akan menyakiti baginda saaw, lalu beliau menggunakan gerahamnya utk mencabut lingkaran besi itu dan berjaya ia menanggalkannya berserta sekali dgn gerahamnya! lalu diusahakan untuk mengeluarkan lingkaran yang satu lagi, juga berjaya berserta dgn gerahamnya sekali!!

Abu Bakr as siddiq r.a. berkata: "Abu 'Ubaidah adalah sebaik baik orang yang kedua gerahamnya tercabut"


SETELAH KEWAFATAN NABI SAAW

Pada hari Tsaqifah (hari perlantikan Abu Bakr as Siddiq sebagai Khalifah), 'Umar Al Khattab r.a. berkata kpd Abu 'Ubaidah r.a. : "Bukalah kedua tangan mu, aku akan membai'atmu sebagai khalifah kerena aku pernah mendengar Rosulullah saaw berkata: "Setiap umat itu memiliki orang yg dipercayai dan Abu 'Ubaidah adalah orang yang paling dipercayai dalam umat ini"

Abu 'Ubaidah berkata: "Aku tidak akan melangkahi orang yang diperintahkan Nabi untuk mengimami kita dalam solat, lalu dia mengimami kita sampai dia wafat"

Setelah itu, Abu Bakr dilantik menjadi Khalifah. Abu 'Ubaidah r.a. adalah penasihat paling baik tentang kebenaran kpd Abu Bakr as siddiq r.a. Dia penolong yang mulia dalam kebenaran. Dalam tempoh waktu kekhalifahan Abu Bakr as Siddiq r.a. dan 'Umar Ibnul Khattab r.a., Abu 'Ubaidah r.a. selalu mentaati mereka. Tidak pernah menyalahi urusan mereka kecuali sekali ketika pemerintahan 'Umar al Khattab r.a. Urusan apakah itu?


Peristiwa itu terjadi ketika Abu 'Ubaidah r.a. berada di daerah Syam untuk memimpin angkatan Tentera yang memperolehi kemenangan demi kemenangan. Hingga ALLAH mengizinkannya mampu menakluki seluruh daerah Syam. Bahkan sampai sungai Eufrat di sebelah timur dan Asia Kecil di sebelah Selatan. Ketika itu, daerah Syam tersebar wabak penyakit Taun yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Lalu Khalifah 'Umar al Khattab r.a. mengutus utusan untuk membawa sepucuk surat menemui Abu 'Ubaidah r.a. Berikut adalah isi surat tersebut: 

"Sungguh, aku sangat memerlukan engkau. Jika surat ini sampai ke tangan mu pada malam hari, aku mohon agar engkau datang menemui ku sebelum subuh (pagi hari). Jika surat ini tiba pada waktu tengahari, berangkatlah menemui ku sebelum petang hari."

Ketika Abu 'Ubaidah r.a. menerima surat Al-Faruq, dia berkata: "Aku memahami keperluan Amirul Mukminin terhadap diri ku, dia inginkan agar aku selamat dari penyakit itu."

Lalu dia pun membalas surat Al-Faruq:

"Ya 'Amirul Mu'minin, aku memahami keperluan mu terhadap diri ku. Aku adalah bahagian dari tentera kaum Muslimin. AKu tidak ingin lari dari apa yang menimpa mereka. Jika surat ini sampai ke tangan mu, batalkanlah hasrat mu itu. Izinkanlah aku tetap tinggal di sini"

Ketika 'Umar r.a. membaca surat itu, dia menangis hingga bercucuran airmatanya. Lalu, orang yang ada di sekelilingnya bertanya: "Ya 'Amirul Mu'minin, apakah Abu 'Ubaidah telah meninggal dunia?"

Jawab 'Umar r.a.: "Tidak! Tetapi kematian itu semakin menghampirinya"

Kebimbangan Al Faruq itu akhirnya terbukti. tidak lama setelah itu, Abu 'Ubaidah r.a. meninggal dunia kerana penyakit taun. Sebelumitu, dia berwasiat kepada perajuritnya:

"Aku berwasiat kepada kalian, Jika kalian ditimpa penyakit itu, sentiasalah dalam kebenaran. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Romadhon, bersedekahlah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah. Nasihatilah para pemimpin kalian. Janganlah kalian menipu mereka. Janganlah dunia melalaikan kalian. Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan kematian pada setiap Bani Adam. Mereka semua akan mati. Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarokatuh!"

Setelah itu beliau menoleh kepada Mu'az Bin Jabal r.a. dan berkata: "Ya Mu'az, solatlah bersama orang ramai"

Tidak lama selepas itu, rohnya yang suci berpisah dari jasadnya. Lalau Mu'az berdiri dan berkata: " Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kalian sedang bersedih. Demi ALLAH, aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lapang dadanya, jauh dari keburukan dan dengki, sangat cinta kepada akhirat, suka menasihati orang, maka kasihilah dia dan ALLAH akan merahmati kalian."



Thursday, May 12, 2011

Sebaik baik Makhluk ...

Pemimpin Agung - Muhammad saaw

Ketika Sayyidatina Aminah Binti Wahab mengandungkan Nabi Muhammad saaw, dia melihat dan mengalami pelbagai keajaiban. Antaranya ia merasakan sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah dirasakan oleh wanita wanita lain yang sedang hamil. 

Pada suatu malam, Siti Aminah bermimpi seolah olah ada cahaya dari perutnya yang memancarkan sinar terang benderang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam mimpi tersebut, Siti Aminah dapat melihat bangunan tinggi yang terletak di Kota Syam. Kemudian pada waktu pagi, ia menceritakan tentang mimpinya kpd suaminya, Abdullah bin Abd Muttalib. 

Beliau berkata: "Wahai suami ku, sesungguhnya malam tadi aku bermimpi seolah olah ada cahaya dari perutku yang menyinari seluruh alam sehingga aku dapat melihat bangunan bangunan yang tinggi di Kota Syam. Setelah itu aku mendengar suara yang mengatakan bahawa aku sedang mengandung pemimpin umat akhir zaman!"

Isteri Abdul 'Ash menceritakan: : "Ketika aku datang ke rumah Aminah pada malam kelahiran Nabi Muhammad saaw, aku melihat rumah Abdullah ada cahaya menerangi seluruh rumahnya. AKu melihat seolah olah ada bintang yang turun sehingga aku khuatir ia akan jatuh!"

Keadaan di rumah Abdullah menjadi riang dan gembira sehingga ramai di kalangan kaum keluarganya datang untuk mengucapkan selamat atas kelahiran bayi yang ditunggu tunggu itu. Abu Lahab pun ketika itu merasakan kegembiraannya sehingga dibuktikan kegembiraannya itu dengan dimerdekakan hamba sahayanya. Sementara Abdul Muttalib, datuk Rasulullah saaw ikut merasa bahagia juga sehingga ia pergi ke Masjidil Haram membawa cucunya itu tawaf mengelilingi Ka'abah sebagai tanda kesyukurannya kepada ALLAH.

Pada malam kelahiran Nabi Muhammad saaw, banyak perkara ajaib yang telah berlaku. Pada malam itu juga berhala berhala yang berdiri tegak di depan Ka'abah dengan taqdirNya telah jatuh sendiri tersungkur ke tanah. Ini adalah tanda bahawa patung patung itu akan dibersihkan oleh bayi yang baru lahir itu pada suatu masa nanti. Pada malam itu juga cahaya dari rumah Abdullah menyinari bangunan bangunan yang tinggi di negeri Syam. Peristiwa ini sebagai isyarat bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda saaw nanti akan sampai ke negeri Syam dan penduduk penduduk kota itu akan disinari dengan ajaran yang murni itu.

Pada malam itu juga tembok Mahligai Kisra menjadi retak. Kemudian 14 jendelanya jatuh berguguran. Padahal tembok istana itu dibangunkan dengan kuat dan kukuh. Walaupun demikian, rumah rumah rakyat jelata yang dibangun dengan bahan yg sederhana pada malam itu tidak mengalami apa apa keretakan. Ini juga sebagai tanda bahawa pada suatu ketika nanti kerajaan Parsi akan jatuh ke tangan Islam. Api yang menjadi sembahan rakyat Parsi yang dinyalakan selama ini telah ratusan tahun tidak pernah padam walaupun sekejap, namun pada malam penuh barokah itu, api tersebut telah padam!. Ianya isyarat bahawa ajaran penyembahan api akan musnah seperti padamnya api tersebut ketika lahirnya seorang insan yang mulia yang bakal memadam api penyembahan itu.

Ibu susuan Halimah As-Sa'diyah

Ketika Halimah As Sa'diyah menunggang seekor keldai dan suaminya menunggang kuda betina berangkat ke Kota Makkah, serta ikut bersama sama mereka wanita wanita tukang susu yang lain. Kerana pada kebiasaannya para wanita Arab Quraisy pergi ke tempat yang jauh untuk mencari penghasilan yang lebih. Mereka berusaha mencari anak anak orang kaya untuk diambil upahnya menyusukan mereka.

Bila Halimah pergi ke rumah Siti Aminah dan mendapatinya keluarga yang susah dan ditaqdirkan pula Nabi Muhammad saaw adalah anak yatim, lantaran itu Halimah As-Sa'diyah menolak tawaran Siti Aminah kerana menjangkakan penghasilan tentu tidak selumayan daripada anak anak orang kaya yang memang menjadi sasaran tiap ibu susu mencari upah. 

Namun setelah ia puas mencari yang lain tidak berjumpa, barulah Halimah As-Sa'diyah berpatah balik untuk mengambil Nabi Muhammad saaw sebagai bayi susuan dan jagaannya. Halimah As-Sa'diyah memberitahu suaminya yang dia bertekad tidak mahu pulang dalam keadaan hampa, alangkah baiknya mereka mengambil saja anak yatim ini sambil berniat untuk menolongnya. Suaminya pun bersetuju dengan harapan moga moga dengan berkat anak yatim itu mereka mendapat keberkatan.

Ketika dalam perjalanan pulang dari Makkah ke rumah membawa Nabi Muhammad saaw untuk dipelihara mereka, unta mereka yang tua lagi uzur itu tiba tiba sahaja didapati dapat berlari dengan kencang sehingga kawan kawan mereka ketinggalan di belakang dan mereka sampai ke rumah lebih dahulu daripada  yang lain. Ketika perjalan pergi ke Makkah pada awalnya, unta dan keldai Halimah As-Sa'diyah dan suaminya ketinggalan di belakang sebaliknya unta kawan kawan mereka lebih laju berlari dan terlebih dahulu sampai ke kota Makkah. Inilah permulaan yang kedua dua suami isteri merasakan ketika mula mula bersama sama Nabi Muhammad saaw.

Maka bermulalah Halimah As-Sa'diyah menyusukan baginda saaw, dgn tanpa diduganya tiba tiba air susunya menjadi banyak, padahal sebelumnya air susunya hanya sedikit sahaja dan hanya mencukupi sekadar untuk keperluan bayinya sendiri. Setelah menyusui Nabi Muhammad saaw sehingga kenyang, Halimah As-Sa'diyah masih boleh menyusukan bayinya sendiri sehingga kenyang juga (Nabi dulu menyusu!).

Bahkan, bukan sahaja susu Halimah As-Sa'diyah menjadi banyak, unta mereka yang tua itupun turut mengeluarkan susu yang banyak juga. Sedangkan sebelum itu unta itu tidak lagi mengeluarkan susu kerana terlalu tua. Kejadian aneh itu terjadi sewaktu Halimah As-Sa'diyah merasa  haus dan cuba memerahnya, tiba tiba sahaja susu untanya terpancar dengan banyak sekali. Setelah diminumnya ia tidak kehausan lagi, kekenyangan juga berpanjangan dalam jangkamasa yang lama.

Suami Halimah As-Sa'diyah dapat merasakan bahawa kejadian aneh yg terjadi dalam keluarga mereka itu tidak lain kerana kehadiran anak yatim tersebut yg pada anggapannya bukan sebarang anak yatim biasa kerana sejak ia berada di rumah mereka ia telah membawa keberkatan yang tidak terdugakan.

**************************************************

Sepanjang memelihara dan menyusui Nabi Muhammad saaw, kehidupan Halimah As-Sa'diyah sekeluarga sentiasa berada dalam kedamaian, kegembiraan dan kemakmuran. Segala keperluan dan rezeki didapati berlipat kali ganda dengan mudah. Begitu juga kambing mereka menjadi gemuk, banyak susunya dan banyak berkembang biak sehingga sahabat sahabat mereka di kampung menjadi hairan. 

Ketika musim kemarau, kawan kawan Halimah As-Sa'diyah cuba membawa kambing kambing mereka ke tempat makan kambing-kambing Halimah As-Sa'diyah, namun kambing-kambing mereka tetap kurus juga. Kejadian itu meyakinkan lagi Halimah As-Sa'diyah dan suaminya bahawa keberkatan ke atas keluarga mereka dikurniakan ALLAH disebabkan daripada Nabi Muhammad saaw yg ketika itu masih bayi dan dibawah jagaan mereka.

**************************************************

Suatu ketika, Nabi Muhammad saaw pergi bersama sama dengan saudara sesusuannya untuk mengembala kambing, ketika sampai di tanah lapang tempat kambing kambing mereka meragut makanan, telah datang kepadanya dua orang berpakaian putih bersih menghampiri baginda saaw. Lalu dibaringkan mereka serta dibelah pada bahagian perutnya.

Melihatkan kejadian itu,saudara sesusuannya lari  meninggalkan baginda saaw untuk menemui ayahnya dan melaporkan tentang kejadian itu. Lalu Halimah As-Sa'diyah dan suaminya terus pergi ke tempat di mana baginda saaw berada dalam keadaan cemas dan takut. Tapi, mereka mendapati Nabi saaw berkeadaan seperti sedia kala, kerana pembedahan yang dilakukan oleh dua orang tadi (Malaikat) telahpun selesai. Dengan perasaan senang dan gembira, Halimah As-Sa'diyah memeluk Nabi saaw dan menciumnya. Lalu menanyakan apa yang telah terjadi kepada baginda saaw?

Baginda saaw menceritakan bahawa telah datang dua orang berpakaian putih bersih kepadanya dan membelah perutnya. Mereka membawa bersama mereka bejana emas yang didalamnya diisi air yang sangat sejuk. Mereka mengeluarkan darahnya yang berwarna hitam dan membuangnya. Dua orang lelaki itu berkata: "Darah hitam itu adalah sarang Syaithon. Lalu mereka membersihkan hatinya dengan air yang sejuk itu, kemudian menutup semula perutnya. Mereka mencium dahinya dan memeluknya, selepas itu mereka pun lenyap dari pandangan mata.

Halimah As-Sa'diyah merasa hairan dengan pelbagai perkara ajaib yang berlaku selama beliau menjaga Nabi saaw dan inilah antara yang paling ajaib padanya. Menurut persangkaannya, Nabi saaw akan berumur panjang kelak dan akan menjadi pemimpin besar yang berpengaruh. Siang dan malamnya dihabiskan memerhatikan tingkah laku Nabi Muhammad saaw bagaikan anak kandungnya sendiri bahkan lebih lagi tumpuannya dari anaknya sendiri. Setelaha peristiwa pembedahan itu berlaku, Halimah As-Sa'diyah merasa khuatir akan keselamatan Nabi saaw dan akhirnya ia pergi ke Kota Makkah menyerahkan kembali Nabi saaw kepada bonda kandungnya Siti Aminah.

Friday, April 22, 2011

Sahabiyah : Ummu Sulaim bintu Milhan, rodhiallahu 'anha

Nama lengkapnya adalah Rumaisha’ Ummu Sulaim bintu Milhan ibnu Khalid ibnu Zaid ibnu Haram ibnu Jundub ibnu Amir ibnu Ghanam ibnu Adi ibnu Naja al-Anshariyah al-Khazrajiyah.

Beliau adalah seorang wanita yang memiliki sifat keibuan dan cantik, dihiasi pula dirinya dengan ketabahan, kebijaksanaan, lurus pemikirannya, dan dihiasi pula dengan kecerdasan berpikir dan kefasihan serta berakhlak mulia, sehingga nantinya cerita yang baik ditujukan kepada beliau dan setiap lisan memuji atasnya. Karena, beliau memiliki sifat yang agung tersebut sehingga mendorong putra pamannya yang bernama Malik bin Nadhar untuk segera menikahinya yang akhirnya melahirkan Anas bin Malik.

Tatkala cahaya nubuwwah mulai terbit dan dakwah tauhid mulai muncul, orang-orang yang berakal sehat dan memiliki fitrah yang lurus bersegera masuk Islam. Ummu Sulaim termasuk golongan pertama yang masuk Islam dari golongan Anshar. Beliau tidak mempedulikan segala kemungkinan yang akan menimpanya di dalam masyarakat jahiliyah penyembah berhala yang beliau buang tanpa ragu.

Adapun kalangan pertama yang harus beliau hadapi adalah kemarahan Malik, suaminya, yang baru saja pulang dari bepergian dan mendapati istrinya telah masuk Islam. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak, “Apakah engkau murtad dari agamamu?” Maka dengan penuh yakin dan tegar beliau menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”….

Zaid bin Sahal an-Najjary alias Abu Thalhah mengetahui bahwa perempuan bernama Rumaisha” binti Milhan an-Najjariyah, alias Ummu Sulaim, hidup menjanda sejak suaminya meninggal. Abu Thalhah sangat gembira mengetahui Ummu Sulaim merupakan perempuan baik-baik, cerdas, dan memiliki sifat-sifat perempuan yang sempurna.

Abu Thalhah bertekad hendak melamar Ummu Sulaim segera, sebelum laki-laki lain mendahuluinya. Karena, Abu Thalhah tahu, banyak laki-laki lain yang menginginkan Ummu Sulaim menjadi istrinya. Namun begitu, Abu Thalhah percaya tidak seorang pun laki-laki lain yang akan berkenan di hati Ummu Sulaim selain Abu Thalhah sendiri. Abu Thalhah laki-laki sempurna, menduduki status sosial tinggi, dan kaya raya. Di samping itu, dia terkenal sebagai penunggang kuda yang cekatan di kalangan Bani Najjar, dan pemanah jitu dari Yatsrib yang harus diperhitungkan.

Abu Thalhah pergi ke rumah Ummu Sulaim. Dalam perjalan ia ingat, Ummu Sulaim pernah mendengar dakwah seorang da'ie yang datang dari Mekah, Mush’ab bin Umair. Lalu, Ummu Sulaim beriman dengan Muhammad dan menganut agama Islam. Tetapi, setelah berpikir demikian, dia berkata kepada dirinya, “Hal ini tidak menjadi halangan. Bukankah suaminya yang meninggal menganut agama nenek moyangnya? Bahkan, suaminya itu menentang Muhammad dan dakwahnya”.
Abu Thalhah tiba di rumah Ummu Sulaim. Dia minta izin untuk masuk, maka diizinkan oleh Ummu Sulaim. Putra Ummu Sulaim, Anas, hadir dalam pertemuan mereka itu. Abu Thalhah menyampaikan maksud kedatangannya, yaitu hendak melamar Ummu Sulaim menjadi istrinya. Ternyata Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Thalhah.

“Demi Allah, orang seperti anda tidak pantas untuk ditolak, hanya saja engkau adalah orang kafir sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam, maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta yang selain dari itu.” (Lihat an-Nasa’i VI/144).

Sungguh ungkapan tesebut mampu menyentuh perasaan yang paling dalam dan mengisi hati Abu Thalhah, sungguh Ummu Sulaim telah bercokol di hatinya secara sempurna, dia bukanlah seorang wanita yang suka bermain-main dan takluk dengan rayuan-rayuan kemewahan, sesungguhnya dia adalah wanita cerdas, dan apakah dia akan mendapatkan yang lebih baik darinya untuk diperistri, atau ibu bagi anak-anaknya?”

Tanpa terasa lisan Abu Thalhah mengulang-ulang, “Aku berada di atas apa yang kamu yakini, aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang hak kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.”

Ummu Sulaim lalu menoleh kepada putranya Anas dan beliau berkata dengan suka cita karena hidayah Allah yang diberikan kepada Abu Thalhah melalui tangannya, “Wahai Anas nikahkanlah aku dengan Abu Thalhah.” Kemudian beliau pun dinikahkan Islam sebagai mahar. Oleh karena itu, Tsabit meiwayatkan hadis dari Anas:

“Aku belum penah mendengar seorang wanita yang paling mulia dari Ummu Sulaim karena maharnya adalah Islam.” (Sunan Nasa’i VI/114).

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Thalhah dengan kehidupan suami istri yang diisi dengan nilai-nilai Islam yang menaungi bagi kehidupan suami istri, dengan kehidupan yang tenang dan penuh kebahagiaan.

Ummu Sulaim adalah profil seorang istri yang menunaikan hak-hak suami istri dengan sebaik-baiknya, sebagaimana juga contoh terbaik sebagai seorang ibu, seorang pendidik yang utama dan seorang da’iyah.

Begitulah Abu Thalhah mulai memasuki madrasah imaniyah melalui istrinya yang utama, yakni Ummu Sulaim. sehingga, pada gilirannya beliau minum dari mata air nubuwwah hingga menjadi setara dalam hal kemuliaan dengan Ummu Sulaim.
Marilah kita dengarkan penuturan Anas bin Malik yang menceitakan kepada kita bagaimana perlakuan Abu Thalhah terhadap kitabullah dan komitmennya tehadap Al-Qur’an sebagai landasan dan kepribadian. Anas bin Malik berkata:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempuna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai.” (Ali Imran: 92).

Seketika Abu Thalhah berdiri menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata, “Sesungguhnya Allah telah berfiman di dalam kitabnya (yang artinya), “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai.” Dan sesungguhnya harta yang paling aku sukai adalah kebunku, untuk itu aku sedekahkan ia untuk Allah dengan harapan mendapatkan kebaikan dan simpanan di sisi Allah, maka pergunakanlah sesukamu ya Rasulullah.”
“Bagus… bagus… itulah harta yang menguntungkan… itulah harta yang mnguntungkan…. Aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku memutuskan agar engkau sedekahkan kepada kerabat-kerabatmu.”
Maka Abu Thalhah membagi-bagikannya kepada anak kerabatnya dan Bani dari pamannya.”

Allah memuliakan kedua orang suami istri ini dengan seorang anak laki-laki sehingga keduanya sangat bergembira dan anak tersebut menjadi penyejuk pandangan bagi keduanya dengan pergaulannya dan dengan tingkah lakunya. Anak tersebut diberi nama Abu Umair. Suatu ketika anak tersebut bemain-main dengan seekor burung lalu burung tersebut mati. Hal itu menjadikan anak tersebut bersedih dan menangis. Pada saat itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melewati dirinya maka beliau berkata kepada anak tersebut untuk menghibur dan bermain dengannya, “Wahai Abu Umair, apa yang dilakukan oleh anak burung pipit itu?” (Al-Bukhari VII/109).

Allah berkehendak untuk menguji keduanya dengan seorang anak yang cakap dan dicintai. Suatu ketika Abu umair sakit sehingga kedua orang tuanya disibukkan olehnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi ayahnya apabila kembali dari pasar, pertama kali yang dia kerjakan setelah mengucapkan salam adalah bertanya tentang kesehatan anaknya, dan beliau belum merasa tenang sebelum melihat anaknya.

Suatu ketika Abu Thalhah keluar ke masjid dan bersamaan dengan itu anaknya meninggal. Maka Ibu mukminah yang sabar ini menghadapi musibah tersebut dengan jiwa yang ridha dan baik. Sang ibu membaringkannya di tempat tidur sambil senantiasa mengulangi, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Beliau berpesan kepada anggota keluarganya, “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Thalhah hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya.”

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim mengusap air mata kasih sayangnya, kemudian dengan semangat menyambut suaminya dan menjawab seperti biasanya, “Apa yang dilakukan oleh anakku?” Beliau menjawab, “Dia dalam keadaan tenang.”

Abu Thalhah mengira bahwa anaknya sudah dalam keadaan sehat, sehingga Abu Thalhah bergembira dengan ketenangan dan kesehatannya, dan dia tidak mau mendekat karena kahawatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Ummu Sulaim mendekati beliau dan mempersiapkan makan malam baginya, lalu beliau makan dan minum, sementara Ummu Sulaim bersolek dengan dandanan yang lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya, beliau mengenakan baju yang paling bagus, berdandan dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami istri.

Tatkala Ummu Sulaim melihat bahwa suaminya sudah kenyang dan telah mencampurinya serta merasa tenang terhadap keadaan anaknya, maka beliau memuji Allah karena beliau tidak membuat risau suaminya dan beliau biarkan suaminya terlelap dalam tidurnya.

Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya, “Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum menitipkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil titipan tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut menolaknya?” Abu Thalhah menjawab, “Tentu saja tidak boleh.” Kemudian Ummu Sulaim berkata lagi, “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut berkeberatan tatkala titipannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya?” Abu Thalhah berkata, “Berarti mereka tidak adil.” Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnya anakmu adalah titipan dari Allah dan Allah telah mengambil, maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu.”

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya, maka beliau berkata dengan marah, “Kau biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru kamu kabari tentang anakku?”

Beliau mengulangi kata-kata tersebut hingga beliau mengucapkan kalimat istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) lalu bertahmid kepada Allah sehingga berangsur-angsur jiwanya menjadi tenang.

Keesokan harinya beliau pergi menghadap Rasullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dan mengabarkan kepadanya tentang apa yang telah terjadi, kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua.”

Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah. Tatkala Ummu Sulaim melahirkan, beliau utus Anas bin Malik untuk membawanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, selanjutnya Anas berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Sulaim telah melahirkan tadi malam.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam mengunyah kurma dan mentahnik bayi tersebut (yakni menggosokkan kurma yang telah dikunyah ke langit-langit mulut si bayi). Anas berkata, “Berikanlah nama bayi ya Rasulullah!” beliau bersabda, “Namanya Abdullah.”

**Ubadah, salah seorang rijal sanad berkata, “Aku melihat dia memiliki tujuh orang anak yang kesemuanya hafal Al-Qur’an.”


Di antara kejadian yang mengesankan pada diri wanita yang utama dan juga suaminya yang mukmin adalah bahwa Allah menurunkan ayat tentang mereka berdua yang manusia dapat beribadah dengan membacanya.

Abu Hurairah berkata, “Telah datang seorang laki-laki kepada Rasullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata, ‘Sesungguhnya aku dalam keadaan lapar’. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menanyakan kepada salah satu istrinya tentang makanan yang ada di rumahnya, namun beliau menjawab, ‘Demi yang mengutusmu dengan haq, aku tidak memiliki apa-apa kecuali hanya air“, kemudian beliau bertanya kepada istri yang lain, namun jawabannya sama. Seluruhnya menjawab dengan jawaban yang sama. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, ‘Siapakah yang akan menjamu tamu ini, semoga Allah merahmatinya’. Maka berdirilah seorang Anshar yang namanya Abu Thalhah seraya berkata, ‘Saya, ya Rasulullah’. Maka dia pergi bersama tamu tadi menuju rumahnya kemudian sahabat Anshar tersebut bertanya kepada istrinya (Ummu Sulaim), “Apakah kamu memiliki makanan?” Istrinya menjawab, ‘Tidak punya melainkan makanan untuk anak-anak’. Abu Thalhah berkata, ‘ Berikanlah minuman kepada mereka dan tidurkanlah mereka. Nanti apabila tamu saya masuk, maka akan saya perlihatkan bahwa saya ikut makan, apabila makanan sudah berada di tangan, maka berdirilah dan matikanlah lampu’. Hal itu dilakukan oleh Ummu Sulaim. Mereka duduk-duduk dan tamu makan hidangan tersebut, sementara kedua suami-istri tersebut bermalam dalam keadaan tidak makan.

Keesokan harinya keduanya datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, ‘Sungguh Allah takjub (atau tertawa) terhadap fulan dan fulanah’.”

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Sungguh Allah takjub terhadap apa yang kalian berdua lakukan terhadap tamu kalian.”

Di akhir hadits disebutkan, maka turunlah ayat:

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” (Al-Hasyr: 9).

Abu Thalhah tak kuasa menahan rasa gembiranya, maka beliau bersegera memberikan kabar gembira itu kepada istrinya sehingga sejuklah pandangan matanya karena Allah menurunkan ayat tentang mereka dalam Alquran yang senantiasa dibaca.

Selain berdakwah di lingkungannya, Ummu Sulaim juga turut andil dalam berjihad bersama pasukan kaum muslimin.
Anas berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berperang bersama Ummu Sulaim dan para wanita dari kalangan Anshar, apabila berperang, para wanita tersebut memberikan minum kepada mujahidin dan mengobati yang luka.”

Begitulah, Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, beliau tidak pernah masuk rumah selain rumah Ummu Sulaim, bahkan Rasulullah telah memberi kabar gembira bahwa beliau termasuk ahli jannah, sebagaimana sabda beliau :

"Aku pernah bermimpi masuk syurga dan mendengar bunyi langkah orang berjalan di sana. Aku lalu bertanya kepada para malaikat : 'Siapa itu?'. Mereka menjawab : 'Itu Rumaisha' binti Milhan, ibu Anas bin Malik"

MashaAllah, Subhanallah. Moga kita dianugerahkan kemuliaan seperti ini sebagai seorang wanita muslimah. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Wednesday, January 12, 2011

Hafshah, Ummul Mukminin Yang Mulia

bismillah...



Hafshah binti Umar bin Khattab adalah ummul mukminin yang gemar berpuasa dan bersolat. Ibunya ialah Zainab binti Madh’un binti Hasib. Hafshah sebelum ini merupakan isteri dari sahabat Khunais bin Khudzafah al-Sahmi yang mngikuti hijrah ke Habasyah (Ethiopia) dan Madinah.Suaminya Khunais syahid pada perang Uhud.


Meskipun hidupnya dirundung nestapa dan penuh dengan duka semenjak suaminya syahid di padang Uhud, keimanan dan keteguhan (sikapnya yang tsabat) hati Hafshah dapat meredam segala yang terjadi dan menerpa dirinya, dan Hafshah menyedari benar bahawa semua adalah semata kerana takdir-Nya.


Kesabaran, ketabahan, sikap hidup yang qanaah (redha) selalu menyelimut peribadinya. Tidak pernah berkeluh kesah dengan keadaan yang dihadapinya. Segalanya diterima penuh dengan ikhlas dan tawakkal. Dijalaninya kehidupan sehari-hari tanpa rasa cemas dan khuwatir, dan selalu yakin atas janji Allah Azza Wa Jalla. Hafshah yakin atas pertolongan dari Allah, dan tidak akan menyia-nyiakan hamba-Nya. Wanita Muslimah itu benar-benar pasrah-sepasrahnya. Tidak bersuudhon (berburuk sangka) kepada Allah Rabbul Alamin.


Kerana sikap yang sangat zuhud dan wara’, dan selalu berpuasa itu, maka ia mendapatkan jolokan ‘sawwamah’ (orang yang selalu berpuasa) dan qawwamah (orang yang selalu bangun malam). Hafshah tidak pernah henti berpuasa dan bangun malam untuk bertemu dengan Rabbnya. Hidupnya tidak dimanjakan dengan keinginan-keinginan yang dapat menjauhkan dari Rabbnya. Maka, ia selalu berpuasa, menahan lapar dan dahaga, dan terus bangun malam, meskipun di siang hari tetap bekerja.


Kemudian, Umar berkeinginan keras agar Hafshah dapat dipertemukan dengan Utsman r.a., namun dengan sikapnya yang halus, ternyata Utsman menyatakan ketidaksanggupannya. Betapa Hafshah puteri Umar, di mata Utsman ialah wanita yang sangat mulia dan kehidupan yang penuh dengan zuhud dan wara’, serta berpuasa dan bangun malam. Demikian pula, sahabat Abu Bakar As-Sidiq juga tak sanggup untuk menikahinya.


Tetapi, segala ketentuan kehidupan ada di tangan Allah Azza Wa Jalla, dan takdir dan hikmah-Nya yang sangat agung. Kemudian, Rasulullah SAW menikahinya dan menjadikan dia sebagai ‘ummul mukminun’, gelaran kehormatan bagi para isteri Rasulullah SAW.


Dengan kehidupan yang begitu sedih dan cubaan begitu berat, tetapi tidak menghilangkan rasa cintanya kepda Allah Azza Wa Jalla. Tetap bertaqarrub(mendekatkan) diri kepada Allah, berpuasa yang terus menerus, dan melakukan ibadah di malam hari, Hafshah akhirnya menjadi ‘Ummul Mukminun’. Sebuah gelaran kemuliaan yang disandangnya, dan kelak akan mendapatkan kemuliaan di disisi-Nya.


Betapa kehidupan ini hanya dapat dinikmati dengan melakukan ibadah-ibadah yang berat, dan penuh dengan pengorbanan, serta menjadikan Rabbnya semata menjadi tujuan hidupnya. Kesedihan yang mula-mula mengawalinya dalam kehidupan, kemudian berakhir dengan kebahagiaan..... (T_T)


Allahu'alam...(^_^)v

Saturday, December 18, 2010

Amr Ibn al-Jamuh : Cacat, namun ke medan perang

Ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah SAW, yang sangat kaya dan dermawan, namanya Amr Ibn al-Jamuh. Beliau adalah seorang yang mempunyai kecacatan di kakinya. Diriwayatkan hanya sebelah kakinya yang sempurna dan boleh digunakan sepenuhnya.

Amr, apabila memeluk agama Islam, beliau menyerahkan seluruh hartanya untuk agama (infa’). Namun seperti yang dijanjikan Allah, harta yang dijadikan bekalan ke jalannya, rezeki terhadap orang itu tidak akan berkurang. Maka Amr ibn al-Jamuh sentiasa berada dalam keadaan hartawan yang dermawan. Sebagai seorang hamba Allah yang soleh, beliau sentiasa berusaha memperbaharui iman dan meperbaiki dirinya. Oleh kerana bimbangkan keadaan hidupnya yang senang itu kemungkinan boleh melalaikan dirinya, meskipun beliau sering meginfakkan hartanya, Amr sentiasa mahu melakukan yang lebih lagi.

Lalu beliau berazam untuk ikut serta dalam peperangan. Dari perang Badar hinggalah perang Uhud, Amr tidak jemu2 memohon dengan Rasulullah untuk ikut serta dalam pasukan tentera Islam, meskipun Rasulullah menegaskan agar beliau tinggal sahaja, kerana surah al-Fath yang telah mengecualikan orang2 yang kurang upaya dari turun berperang:

"Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang cacat, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya. Dan, sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai: dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksa-Nya dengan azab yang tidak terperi sakitnya " [48:17]

Namun Amr ibn al-Jamuh berkeras untuk turut sama. Katanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, aku amat berharap sekiranya dengan kecacatan aku dapat merebut syurga Allah”. desakan beliau akhirnya Rasulullah membenarkan Amr ikut serta dalam peperangan.

Beliau pun berjalan dalam barisan tentera dengan terjengket-jengket, sambil berdoa agar dikurniakan syahid.

Di medan perang, Amr ibn al-Jamuh begitu berani dengan sebelah kakinya beliau melompat2 dan menerjah ke arah musuh. Habis terpancung musuh di depannya. Akhirnya beliau telah terpilih untuk menjadi salah seorang dari para syuhada’ yang mana rohnya terbang bebas seperti burung dan berbau wangi bak kasturi. Walaupun pengecualian telah diberi oleh Allah untuk syahid di medan perang, namun dengan semangat membara memburu syahid, para sahabat yang cacat ini telah menemui syahid yang diidamkan.

Friday, December 17, 2010

Khadijah Binti Khuwailid r.anha II

Sambungan dari entri yang lalu KLIK


Maysara Berbincang Dengan Muhammad s.a.w


Menurut riwayat lain, tawaran atau pinangan ini telah dibuat oleh Maysara yang telah menemani Muhammad s.a.w. dalam beberapa perjalanan perdagangan.  Hubungan mereka yang rapat dan kesusahan di perjalanan yang mereka hadapi bersama semasa di perjalanan menjadikan mereka sahabat. Lagipun, Nabi Muhammad saw adalah seorang lelaki yang mudah digauli. Baginda tak pernah merasa megah dengan kedudukannya ataupun kewangannya. Maysara dapat bercakap dengan terus terang tanpa apa apa halangan.

Satu hari, Maysara telah berkata kepada Muhammad s.a.w.:

:Bagaimana kalau seorang lelaki yang berumur dua puluh lima tahun dan mempunyai rupa paras yang tampan, tenang dan bijak pula serta berlatarbelakang keluarga yang baik ingin berkahwin?"

Muhammad s.a.w. menjawab dengan tenang:

"Tak pernah ku fikirkan. Aku tidak ada masa untuk memikirkannya"

Maysara menyambung lagi:

"adakah lelaki seperti ini mesti berkahwin dengan harta kekayaan?"

"Kekayaan!!?"  Teriak Muhammad s.a.w.

"Mungkinkah seorang peniaga yang mengembara dengan kemampuan yang terbatas bermimpi untuk bertemu dengan seorang wanita yang kaya raya? Jika ada pun, sanggupkah dia meminangnya?"

Masata memang pandai, lalu berkata:

":Jika seorang wanita hartawan lagi cantik dan berketurunan mulia meminang mu pula, bagaimana?"

Muhammad s.a.w terpegun dan bertanya:

"Siapakah bidadari impian yang engkau maksudkan itu?"

"Tidak lain tidak bukan melainkan Khadijah r.anha!!" Jawab Maysara.

Muhammad s.a.w. masih belum pulih daripada perasaan terkejutnya tapi Maysara segera berkata:

"Jika kau serahkan kepada ku, akan ku uruskan semuanya"

Cadangan itu menjadi serius sekarang. Maysara menguruskan satu temuduga antara Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha di rumah Khadijah r.anha.  Dalam pertemuan itu, Muhammad s.a.w. hanya mendiamkan diri kerana malu dan kelu untuk berkata.

Khadijahlah yang menjelaskan segalanya dan akhirnya dia berjaya menawan Muhammad s.a.w. Khadijah r.anha masih perlu menjelaskan kepada keluarganya terutamanya bapa saudaranya yang menjadi penjaganya iaitu 'Umar Bin Adas. Bapanya Khuwailid telah lama meninggal dunia sebelum dia mengambil Muhammad s.a.w. bekerja dengannya. Khadijah r.anha telah berumur, seorang balu dan berdikari pula tetapi bapa saudaranya itu masih menjaganya sebagai adat untuk menjaga nama keluarga, seorang balu hendaklah dibawah jagaan lelaki paling tua dalam keluarganya ('Umar menentang cadangan ini kerana pada fikirannya rancangan ini akan membahagi bahagikan harta Khadijah r.anha yang selama ini dilonggokkan pada satu tempat utk disimpan untuk keluarga)


Aturcara Perkahwinan


Pada suatu hari, Khadijah r.anha menyembelih seekor anak kambing biri biri dan mengadakan satu jamuan makan malam di rumahnya. Makanan yang disediakan dengan hati hati dan aturcara yang rapi dan teliti juga dibuat. Antara yang dijemput ialah 'Umar bin Asa, Waroqoh bin Nawfal, Khuzaimah, Abu Tholib, Hamzah dan Muhammad s.a.w. Kesemua mereka hadir.

Khadijah r.anha memerhatikan mereka lalu memeranjatkan mereka apabila beliau telah memberi satu ucapan. Dalam ucapannya, Khadijah r.anha menyebut bahawa Muhammad s.a.w. membuatkan perniagaannya maju dan menjadikannya lebih kaya. Khadijah r.anha menceritakan banyak perihal kejujuran dan ketulusan, kebaikan Muhammad s.a.w serta kemuliaan keturunan Muhammad saaw. Pada akhir ucapannya, Khadijah r.anha berkata bahwa adalah satu penghormatan bagi mana mana wanitayang mulia untuk berkahwin dengan Muhammad saaw.

Waroqoh bin Nawfal berdiri dan menyokong cadangan itu. Abu Tholib dan Hamzah r.a. juga sependapat, 'Umar juga setuju akan cadangan itu walaupun beliau tidak berapa mengetahui perkara sebenarnya.  Muhammad saaw pun terus bangun dari tempat duduk dan menggantungkan sehelai jubah di sekeliling 'Umar bin Asad sebagai hadiah kepada bapa mertua atau penjaga kepada pengantin perempuan (al-Muhabbar, Ahmad ibn Hanbal)

Minyak wangi dibubuh di rambut 'umar, maka harumnya semerbak udara di situ dengan wangi wangian itu. Perjanjian pun diadakan dan mahar ditetapkan sebanyak 10 Uqiyyah perak (1 Uqiyyah = 1.32 ounce). INilah jumlah biasa mahar untuk seorang wanita daripada kelas menengah atas pada waktu itu (al Muhabbar)


Walimah

Keesokannya paginya, Muhammad saaw mengadakan walimah. Baginda saaw menyembelih seekor UNta dan membahagi bahagikan dagingnya kepada orang orang miskin dan orang orang yang memerlukannya di Makkah. Khadijah r.anha menjemput semua kawan kawannya dan saudara maranya dan juga kawan kawan dan saudara mara Muhammad saaw. Pengantin baru memberikan hadiah sebanyak banyaknya. Ibu susuan Muhammad saaw iaitu Halimah dari Banu Sa'ad bin Hawazin juga dijemput. Khadijah r.anha telah menghadiahkan emput puluh ekor biri biri kepadanya dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyusukan Muhammad saaw yang telah yatim dan akhirnya dengan penyusuan itu membawa rahmat dan kemakmuran kepada kaumnya.


Khadijah r.anha Sebagai Contoh Kebaikan

Khadijah r.anha amat bahagia. Dia amat mengasihi Muhammad saaw. Kasih sayang dan perasaan cinta Muhammad saaw bertambah kepada Khadijah r.anha. Mungkin kasih Muhammad saaw melebihi kasih Khadijah r.anha terhadap Muhammad saaw. Muhammad saaw sentiada mengambil berat tentang Khadijah r.anha lebih dari sesiapapun dalam hidupnya. Muhammad saaw sedar segalanya ini berlaku adalah atas pertolongan dan bantuan Khadijah r.anha yang tidak terhingga. Baginda saaw juga sedar bahawa hanya Khadijah r.anha yang benar benarn memberi erti kepada dirinya. Khadijah r.anha adalah contoh kepada segala kebaikan!

Khadijah r.anha adalah orang yang pertama tamanya sekali memeluk Islam dan beiman kepada RisalahNya. Dia mengabdikan dirinya kepada ALLAH dan RosulNya saaw dengan sebenar benar iman dan bersungguh sungguh! Dia mendirikan solat bersama Muhammad saaw dan selalunya dia menjadi orang yang pertama belajar ayat ayat ALLAH dan perintah perintah ALLAH. Jika Muhammad saaw berpuasa, dia juga turut berpuasa. Dia bersedeqah dan mengorbankan harta dan nyawanya di jalan ALLAH. Tifak pernah terfikir di benaknya untuk menyimpan hartanya lagi walaupun sedikit untuk kepentingannya sendiri. Dia telah mengorbankan segala kesenangan dan kemewahan kerana ALLAH dan RosulNya. Dia adalah seorang yang taat!



Kebijakan dan Kecerdasan Aqal Seorang Isteri Nabi


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, ketika Nabi Muhammad saaw berada di rumah bersama
Khadijah r.anha. Tiba tiba dbaginda saaw ternampak satu lembaga berupa seperti seorang Malaikat terapung apung di udara. Muhammad saaw terpegun dan terus memerhatikan kemunculan lembaga itu. Baginda saaw pun memberitahu isterinya itu akan kehadiran lembaga pelik itu yang selalu muncul di hadapan matanya.
Khadijah r.anha pula tidak dapat melihat sesuatu apa pun, lalu menyuruh suaminya duduk rapat di sebelah kirinya. Nabi Muhammad saaw pun duduk rapat di sebelah kirinya, lalu Khadijah r.anha pun bertanya:

"Bolehkah engkau melihatnya lagi?"

"Ya!"" Jawab Nabi Muhammad saaw.

Kemudian Khadijah r.anha menyuruh baginda duduk di sebelah kanannya pula dalam keadaan seperti tadi. Nabi Muhammad saaw pun duduk dan Khadijah r.anha bertanya lagi dengan soalan yang serupa dan dijawab oleh baginda dengan jawapan yang serupa juga iaitu baginda saaw masih nampak akan makhluk itu.

Kemudian Khadijah r.anha menyuruh Nabi Muhammad saaw berdiri di hadapannya dan ini pun dilakukan oleh Nabi Muhammad saaw. Khadijah r.anha bertanya lagi samada baginda saaw masih lagi nampak akan makhluk itu.

"Ya! Dia masih di situ!" ujar Nabi Muhammad saaw.

Khadijah r.anha pada ketika itu terus membuka dan mencampakkan khimarnya dan bertanya samada Nabi Muhammad saaw masih boleh nampak akan makhluk itu lagi!

"Tidak! Dia dah hilang!"

"ALLAHlah pelindungku!" Ujar Khadijah r.anha!

"Bergembiralah wahai suami ku, berbahagialah! Sesungguhnya Dia yang memiliki jiwa Khadijah r.anha menjadi saksi ku bahawa inilah Malaikat dan bukannya Syaithon!!"


Tiada sesiapa pun yang tahu akan perubahan rohani yang dialami oleh Muhammad saaw kecuali Khadijah r.anha. Dia amat berhati hati menyimpan rahsia yang diberitahu oleh Nabi Muhammad saaw tentang peristiwa peristiwa pelik. Dengan cara ini tentu sekali Khadijah r.anha telah menyelamatkan Islam. Jika Muhammad saaw berseorangan diri, tentulah dia dicaci dan menanggung kesedihan yang amat sangat. Khadijah r.anha sentiasa memberi peransang kepada baginda saaw dan tidak pernah sama sekali menunjukkan perasaan sedih atau curiga. Amat sedikit orang yang mengetahui akan pengalaman rohaniahnya kecuali Khadijah r.anha dan isteri isteri Rosulullah saaw yg terkemudian..



Akan datang insyaALLAH,  Wahyu Pertama.

Sunday, December 12, 2010

Khadijah Binti Khuwailid r.anha I

Nama Ibu kaum mukminin ini ialah Khadijah Binti Khuwailid ibn Asad ibn 'Abd al-'Uzza ibn Qusay ibn Kilab. (bertemu nasab dengan leluhur Nabi s.a.w. !) Ibunya bernama Fatima binti Za'ida yang berketurunan daripada salah satu kabilah lain dari suku kaum Quraisy juga.


Nabi Muhammad saw pula ialah Muhammad ibn 'Abdullah ibn Abd al Mutholib ibn Hashim ibn 'Abd Manaf ibn Qusay ibn Kilab.  Maka ini bermakna Rosulullah s.a.w. adalah salah seorang daripada sepupunya (jauh) atau salah seorang daripada anak saudaranya menerusi moyangnya Qusay bin Kilab.  Namun oleh kerena pada asbabnya Rosulullah s.a.w. tergolong daripada generasi muda dan tinggal jauh dari kediaman Khadijah r.anha maka ia tidak kenal akan Rosulullah s.a.w. yang sudah mula bekerja sebagai peniaga dan orang upahan.

Latarbelakang

Khadijah r.anha sendiri adalah merupakan seorang yang bangsawan dan terhormat serta kaya raya. Dia telah mewarisi banyak  harta dan perniagaan atau perdagangan kedua bekas suaminya. Kadang kadang dia meminjamkan wang kepada peniaga peniaga Quraisy yang boleh dipercayai dan berkongsi keuntungan yang didapati dan kadang kadang dengan modal peminjam peminjam, dia melabur dalam perniagaan kafilah. Apabila kafilah2 ini pulang daripada rombongan perniagaan, keuntungannya dibahagikan sama rata secara 'adil.

Dia juga mempunyai pekerja pekerja dan agen agennya sendiri di Makkah yang bekerja untuknya atau pun untuk diri mereka sendiri. Kadang kadang mereka mengupah orang membawa dagangannya keluar dari Hijjaz atas dasar mudarabah. (Keuntungan dikongsi antara pemodal dan pengusaha)


Berdagang ke Syiria

Dengan taqdirnya ALLAH SWT, pada suatu hari, anak saudara Khadijah r.anha, Khuzaimah yg sebaya dengan Rosulullah s.a.w. telah menceritakan akan sifat sifat amanah, jujur, ikhlas dan kemuliaan akhlak Rosullah s.a.w. kpdnya. INi adalah hasil dari pengalaman perniagaan bersama sama dengan baginda Rosul s.a.w. dan dari itu, beliau telah mencadangkan kpd Khadijah r.anha untuk mengambil Rosulullah s.a.w. bekerja dengannya.

Khadijah r.anha pun memanggil Rosulullah s.a.w. untuk bertemu dengannya dan menawarkan baginda s.a.w. membawa perniagaannya ke Syiria (Syam) dan memperniagakan dagangannya itu mengikut kemampuan baginda s.a.w.  Dia menjanjikan bayaran upah yang lebih daripada biasa yang dibayar kepada orang lain. Setelah selesai seperti ap ayang dirancangkan, maka berangkatlah baginda s.a.w. bersama sama hamba Khadijah r.anha yg bernama Maysara ke Syiria. Diriwayatkan bahawa pada waktu panas terik, Maysara ternampak dua Malaikat melindungi Rosulullah s.a.w. (riwayat lain - awan) dari panas terik Matahari.

Setelah beberapa lama, Rosulullah s.a.w. telah berjaya memperdagangkan semua barangan dagangannya dan membeli pula barang barang yang difikirnya baik dan menguntungkan. Maka bertolaklah kafilah baginda s.a.w. pulang ke Makkah. Baginda s.a.w. tidak berhenti lama di perjalanan dan akhirnya kafilahnya selamat sampai ke Makkah.

Khadijah r.anha amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Rosulullah s.a.w. darihal menguruskan barangan dagangannya itu. Khadijah r.anha telah menaikkan lagi upah bagida s.a.w.  Maysara pula telah menceritakan akan perihal kemu'jizatan baginda s.a.w. serta akhlaknya yang tinggi. Beliau juga menceritakan betapa sekiranya dia makan bersama Rosulullah s.a.w., mereka tak pernah merasa lapar atau kekurangan makanan. Kata beliau:

"Apabila kami hidangkan makanan, lalu kami makan sekenyang kenyangnya dan lalu kami dapati banyak lagi makanan yang tinggal yang boleh diberikan kepada orang orang miskin yang lalu di situ."

Khadijah tertarik akan hal ini dan mahu mengujinya sendiri. Lalu beliau telah menyediakan sedulang penuh tamar yang masih segar dan menjemput saudara perempuannya 'Hala', Rosulullah s.a.w. dan beberapa orang lain. Mereka makan daripada dulang itu hingga kenyang, tetapi dulang itu masih juga kelihatan penuh seperti sebelum mereka makan  (Ruj kitab Al Muhabbar, m/s:78)


Kisah Dua Insan Mulia Ini pun Bermula

Beberapa bulan kemudian, Khadijah r.anha menaikkan pangkat peniaga mudanya kpd jawatan Pengurus bagi Kafilah perniagaannya berserta dengan beberapa lagi tanggungjawab tambahan.

Sebenarnya sebelum itu, Khadijah r.anha telah pun mendengar tentang sifat jujur, amanah, keluhuran budi serta ketinggian akhlak dan kesucian 'amalan Rosulullah s.a.w. Dia juga sedar akan kebolehan luar biasa Rosulullah s.a.w. dan bolehlah dikatakan beliau sudah tertarik kepada baginda s.a.w. darihal ini. Sementelah baginda Rosul s.a.w. memang terkenal sehingga digelar Al-Amin oleh masyarakat Jahilliyyah Quraisy pada masa itu. Baginda s.a.w. juga terkenal dengan gelaran As-Saddiq (Yg Benar)


Sejarah Silam Ummul Mukminin Pertama


Suami Pertama. Khadijah r.anha berketurunan daripada keluarga kelas pertengahan yang dihormati di Makkah. Beliau telah berkahwin dengan seorang kaya yang bernama Abu Hala Hind bin al Nabbash bin Zurara daripada Bani Tamin. Dia memperoleh beberapa orang anak lelaki bernama Hind r.a daripada suaminya ini dan dalam masa yang sama, suaminya meninggal dunia. Anaknya ini juga memeluk Islam dan turut berperang di Badr dan Uhud. Di Uhud dia turut serta dalam lubang kubur Syuhada Hamzah r.a. untuk meletakkan jasad Hamzah r.a yang mulia. Beliau akhirnya meninggal dunia kerana wabak penyakit di Basra.


Suami Kedua

Setelah itu, beliau berkahwin pula dengan seorang saudagar lain bernama 'Atiq bin 'A'idh @ 'Abid bin 'Abd Allah bin 'Umar bin Makhzum. Daripada suami ini, beliau mendapat seorang anak perempuan bernama Hind. Sebaik sahaja melahirkan anak ini, suaminya meninggal dunia.

Umur Khadijah r.anha 40 tahun tetapi kulitnya cerah dan segar. Rambutnya hitam dan berkilat. Selalunya beliau memakai baju berwarna gelap dan bermutu. Beliau juga pandai memilih barang barang kemas. Biasanya beliau memakai barang barang kemas dari perak dan batu batu permata hijau kebiru biruan seperti cincin, subang. gelang dan seutas rantai yang amat halus buatannya. Dia seorang yang cerdik dan tidak mudah ditipu. Dia tak pernah mengalami kerugian dengan menyerahkan unta unta perniagaannya kepada seseorang yang mungkin menghilangkan diri dengan unta untanya di padang pasir. Dia memiliki seorang hamba perempuan yang amanah untuk menguruskan urusan rumahtangga dan seorang hamba lelaki bernama Maysara untuk berkhidmat kepadanya.

Muhammad s.a.w. berusia lima belas tahun lebih muda darinya. Baginda adalah seorang lelaki yang bersopan dan berperasaan halus, bertabiat tenagn dan bukanlah seorang lelaki yang suka melayan wanita. Baginda s.a.w. tidak berminat perkara sebegini dan hanya mengambil berat hal urusannya sendiri.

Khadijah r.anha pula adalah seorang majikan yang baik hati. Dia amat menghargai apa yan dilakukan oleh peniaga mudanya dan juga apa apa yang dicadangkan olehnya untuk masa hadapan. Khadijah r.anha merasa gembira dengan kehadiran baginda s.a.w. dan lama kelamaan beliau kurang berminat lagi dengan bidang perniagaan namun masih mengalakkan Muhammad s.a.w. melakukan apa sahaja pekerjaan dengan bebas.


Meminta Nasihat Waraqoh Ibn Naufal

Akhirnya Khadijah r.anha telah pergi untuk meminta nasihat dari Waroqoh Ibn Naufal bin Asad iaitu sepupunya yang beragama Nasrani. Waroqoh ini banyak mempelajari kitab kitab samawi dan mempunyai banyak ilmu berkenaan kebudayaan purba yang dibawa turun termurun. Khadijah r.anha menerangkan segala apa yang telah diceritakan oleh hambanya Maysara berkenaan dengan Muhammad saw. Waroqoh yg ketika itu berusia lanjut telah berkata:

"Jika ini benar, Muhammad s.a.w. ini pasti akan menjadi Nabi bagi orang orang yang ada ini. Saya tahu bahawa seorang Nabi akan datang untuk orang orang ini. Mungkin masanya telah pun tiba!"

Dengan rasa puas hati, Khadijah r.anha pulang ke rumahnya dan memanggil Muhammad s.a.w. Khadijah r.anha juga bercakap terus terang akan apa yang ada dalam fikirannya.:

"Wahai sepupuku, aku suka kepada mu kerana hubungan kita dan juga sebab kedudukan mu yang mulia di kalangan kaum mu. Sifat benar mu, amanah mu dan akhlak yang baik adalah kejayaanmu" 

Kemudian Khadijah r.anha menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Muhammad s.a.w. dengan kata kata yang mudah sekali. Muhammad s.a.w. pula terus menerimanya dengan rasa gembira.  (Sirah Ibn Hisyam m/s:120-121)


Bersambung...

Akan datang InsyaALLAH - Maysara Berbincang Dengan Muhammad s.a.w!