Salman al-Farisi r.a.
Ketajaman pandangan dan akalnya sentiasa menyelidiki dan mengkaji hakikat kebenaran dan hakikat kehidupan ini. Beliau sungguh berpengalaman dalam hidup, meninggalkan kekayaan dan kesenangan untuk mencari Cahaya Ilahi. Dari satu tempat ke satu tempat, negeri ke negeri, berpindah dari seorang pendeta ke pendeta yang lain, hinggalah bertemu dgn sebaik-baik makhluk ALLAH, Nabi akhir zaman iaitu baginda Rosulullah s.a.w. Ketinggian ilmu dan pengalaman menyaksikan syor dan cadangan beliau membingungkan tentera Ahzab dan membuka ruang dimensi dan inovasi baru dalam strategi peperangan.
Mendapat pengiktirafan dari Baginda s.a.w. sebagai orang yang penuh berilmu ..
Mendapat pengiktirafan dari Baginda s.a.w. sebagai orang yang penuh berilmu ..
Nasihat Seorang Sahabat
Beliau pernah bertamu dan tinggal selama beberapa hari di rumah Abu Darda' r.a. Abu Darda' r.a. adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang kuat beribadah, malamnya dipenuhi ibadah malam dan siangnya ia berpuasa. Salman r.a. telah menasihatkan sahabatnya ini dengan penuh kasih sayang dan penuh kefahaman agama yang tinggi. Siapakah yang mahu atau berani menegur amal ibadah seseorang ketika itu??
Telah berkata Abu Darda' r.a. : "Apakah engkau hendak melarang ku dari berpuasa dan solat kerana ALLAH SWT?"
Jawab Salman r.a. dgn penuh kebijaksanaan:
"Sesungguhnya, kedua mata mu mempunyai hak atas diri mu, demikian pula keluarga mu mempunyai hak atas diri mu. Selain engkau berpuasa, maka berbuka lah juga dan disamping melakukan solat, apa salahnya jika engkau juga berehat dan tidur!"
Peristiwa ini sampai ke pengetahuan baginda Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda yang maksudnya:
"Sungguh Salman telah dipenuhi oleh Ilmu"
Perang Khandak
Pada waktu itu, Kaum Anshor sama berdiri lalu berkata: "Salman adalah dari golongan kami!"
Maka bangkitlah pula golongan Muhajirin, kata mereka: "Tidak! ia adalah dari golongan kami!" (perkara ini bukanlah merupakan satu pertengkaran hanya masing masing mahu merebut Salman sebagai golongan mereka, ianya berlaku dalamm keadaan yang ceria dan gembira)
Lalu Nabi s.a.w.pula memanggil kedua golongan ini lalu bersabda yang maksudnya:
"........Salman adalah golongan kami, Ahli Bait" - (meremang bulu roma aku menuliskan ini!! Sollu 'Alan Nabiyy!)
Berikutan dari peristiwa itu, Ali bin Abi Tholib r.a. memberikan nama kehormatan pada Salman dengan panggilan 'Luqman al-Hakim'. Pernah ditanyai beliau tentang Salman (telah meninggal ketika itu) maka jawab beliau:
"Ia adalah seorang yang datang dari kami dan kembali kepada kami Ahl al-Bait. Siapa pula diantara kamu sekelian yang akan dapat menandingi Luqman al-Hakim? Ia telah memperolehi ilmu yang pertama dan juga ilmu yang terakhir. Tak ubahnya dibacaya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tak ubahnya ia bagai lautan yang airnya tidak pernah kering!"
Episode Kehidupannya Setelah Nabi Wafat
Semasa pemerintahan Khalifah Umar r.a. , beliau memberikan penghormatan yang luar biasa pada Salman yang tidak pernah ia lakukan pada mana mana orang pun. Dia telah mengumpulkan para sahabat ketika itu dan mengajak mereka:
"Mari kita keluar pergi menyambut Salman!"
Lalu ia keluar bersama mereka menuju ke pinggiran kota Madinah utk menyambut kedatangan Salman r.a.
Sejak bertemu baginda Rosul s.a.w. dan beriman kepadanya, Salman hidup sebagai seorang muslim yang merdeka, pejuang dan sentiasa berkhidmat untuk agama.
Di tahun tahun kejayaan umat Islam, panji panji Islam berkibar di serata pelusuk alam, harta benda dunia melimpah ruah mengalir ke Madinah sebagai pusat Pemerintahan kemudian ianya diagihkan ikut syarak. Pada ketika itu negara mampu untuk membayar gaji dan elaun tetap.
Tatkala Kemewahan Dunia Terhampar Di Kaki Para Pencinta Maut
Seorang tua berwibawa kelihatan duduk di bawah sepohon kayu. Saki baki umurnya asyik dihabiskan memberi khidmat pada agama dan negara. Untuk keperluannya, dianyam daun daun Kurma dijadikan bakul atau bekas keranjang yang kemudiannya dijualnya... Itulah dia SALMAN AL-FARISI R.A!
Kainnya yang pendek, dek kerena pendeknya kadangkala terbuka lututnya tatkala ditiup angin. Padahal dia mampu utk bermewahan sekiranya dia mahu, Elaun dan habuan yang diperolehinya cukup besar antara 4 sampai 6 ribu setahun. Tapi semuanya didermakan tanpa satu dirham pun dia ambil utk dirinya dan keluarga.
"Untuk bahannya, ku beli daun Kurma satu dirham, lalu ku perbuat dan ku jual tiga dirham. Yang satu dirham aku ambil ku buat modal, satu dirham lagi utk nafkah keluarga ku sedang satu dirham bakinya untuk sedekah, seandainya Umar bin Khattab r.a. melarang ku berbuat demikian, sekali kali tiadalah akan ku hentikan!"
Begitulah Salman, anak jati Parsi, negara yang berada di puncak persada dunia pada ketika itu, hidup dalam kemewahan, kesenangan serta bertamaddun tinggi ketika itu. Dari keluarga yang kaya dan bangsawan, kini menolak segala kemewahan dan kesenangan hidup berpada dengan apa yang ada yang tidak lebih hanya satu dirham utk tiap harinya yg diperolehinya dengan tangannya sendiri!
Dari Hisyam bin Hisan dari Hassan:
"Habuan dan elaun Salman sebanyak lima ribu setahun, ketika ia berpidato di hadapan 30,000 orang, separuh pakaian luarnya dijadikan alas duduk dan separuh lagi menutupi tubuhnya. Sekiranya (tatkala) habuan itu diterimanya, namun ianya didermakan sampai habis, sedangkan untuk nafkah seharian pun dari hasil kedua tangannya"
Menjelang Hari Hari Akhir Salman R.A Di Dunia Fana
Sa'ad Bin Abi Waqqas r.a.datang mengziarahinya, lalu Salman r.a. menangis.. "Apa yang tuan tangisi wahai Abu Abdillah?" (panggilan sehari hari Salman al Farisi) tanya Sa'ad. Katanya lagi: "Padahal Rosulullah s.a.w. wafat dalam keadaan redho kepada tuan?"
Kata Salam: "Demi ALLAH! Aku menangis bukan kerana takut mati ataupun mengharapkan kemewahan dunia, hanya Rosulullah s.a.w. telah menyampaikan suatu pesan kepada kita yang sabdanya (bermaksud):
"Hendaklah bahagian masing masing mu dari kekayaan dunia seperti ini bagaikan bekalan seorang pengembara"
Padahal harta milik ku sebegini banyak!"
Kata Sa'ad: "Saya perhatikan tidak ada yang nampak di sekeliling ku kecuali satu pinggan dan secerek bekas air, Lalu aku katakan kepadanya: "Wahai Abu Abdillah, berilah kami suatu pesan yang akan kami ingat selalu dari mu!" Dia pun berkata:
"Wahai Sa'ad! Ingatlah ALLAH di kala masa susah mu, sedang engkau menderita, Dan ingatlah pada keputusan mu jika engkau menghukum dan pada saat tangan mu melakukan pembahagian"
Begitulah teguhnya cinta sahabat pada Nabi, tetap utuh dalam ingatannya pesanan sang kekasih agar mereka tidak dikuasai oleh dunia dan tidak mengambil bahagian daripadanya kecuali sekadar bekalan bagi seorang pengembara! Salman telah memenuhi pesan itu sebaik baiknya, namun airmatanya masih berderai membasahi pipi bimbang akan dunianya yang 'melampau'.
Tidak terdapat suatu apa pun di rumahnya melainkan satu pinggan sebagai tempat makanan dan cerek untuk minum dan bekas berwudhu', dalam keadaan seperti itu pun beliau merasakan dirinya telah berlaku boros!!! Aduhai diri ku!! Dari sudut kezuhudannya hampir serupa dengan Umar bin Khattab r.a.!
Ketika Menjadi Amir. Sebagaimana maklum, beliau tidak mengambil satu dirham pun dari wang gajian sebagai Amir, Ia tetap menambil nafkahnya dari menganyam daun kurma dan pakainnya tak lebih dari sehelai baju luar, beliau sangat sederhana.
Satu hari, ketika sedang berjalan, ia ditemui oleh seorang lelaki dari Syiria membawa satu bakul buah tin dan kurma, bebanan itu sangat berat hingga melelahkan dirinya. Ternampak oleh akan seorang lelaki yg kelihatannya dari golongan kurang mampu. Tentu org itu sedia untuk diberi upah mengangkat bakul bakul itu. Dipanggilnya orang itu dan dinyatakan hajatnya, lalu orang itu bersetuju untuk menerima tugasan itu dgn diberi upah utk membawa bakul itu sampai ke tempat tujuannya. Merka pun berjalan bersama sama dgn Salman memikul bakul bakul yang berat itu (Salman ini kuat orangnya!)
Dalam perjalanan bertembung dgn satu rombongan, diberikan salam dan dijawabnya, namun diucapkan pula selepas salam itu, "Juga kepada Amir kami ucapkan salam"
"Juga kepada Amir? AMir mana pulak tu? Fikir org Syiria itu. Ia bertambah hairan bila sebahagian dari rombongan itu berlari kepada lelaki itu sambil menawarkan untuk mengangkat bakul bakul yg ada pada pundaknya itu namun ditolaknya dgn baik oleh lelaki itu. "Berikanlah kepada kami Wahai Amir!"
Haaaa!!!! Org ini adalah Amir di tempat ini! Meloponglah org Syiria tu dan merasa malu kerna telah 'merendahkan' taraf Amir tempat dia datang mencari rezeki dgn berdagang! Rupanya, inilah dianya sahabat Nabi s.a.w. Salman al-Farisi r.a.!!! Dengan penuh penyesalan dia mahu mengambil semula bakul bakul itu dari Salam tapi dengan tegas ditegah oleh Salman dgn berkata:
"Tidak! sebelum ku hantarkan sampai ke rumah mu!" (spt yg telah dijanjikan awal tadi)
****************
Suatu ketika Salman pernah ditanya oleh seseorang: "Apa yang menjadi sebab tuan tidak menyukai jawatan sebagai seorang Amir?"
Jawabnya:
"Kerana ia bagaikan sesuatu yang manis ketika memegangnya, tetapi sangat pahit di kala melepaskannya."
****************
Seorang sahabat memasuki rumahnya, didapati dia sedang duduk merebus tepung, tanyanya: "Ke mana perginya pelayan?" Beliau menjawab: Saya suruh untuk satu keperluan, maka saya tidak ingin ia harus melakukan dua pekerjaan sekali gus"
****************
Salman pernah bertanya kepada tukangnya: "Bagaimana corak rumah yang akan tuan diri kan?"
Tukang rumah yg mengetahui akan kezuhudan Salman r.a. menjawab:" Janganlah tuan khuatir! Rumah itu merupakan bangunan yang dapat digunakan bernaung di waktu panas dan tempat berteduh di waktu hujan.
Andaikata tuan berdiri, maka kepala tuan akan sampai pada langit langitnya dan jika tuan berbaring, maka kaki tuan akan terhantuk pada dindingnya"
"Benar!" Sampuk Salman r.a. "Seperti itulah seharusnya rumah yang akan tuan bina!"
****************
Saat Saat Hendak Bertemu ALLAH dan RosulNya
Ketika sakit yang membawa asbab kepada ajalnya, iaitu pada pagi hari kepergiannya, dia telah meminta isteri untuk membawakan simpanan yang pernah diamanahkannya dulu, iaitu seberkas kasturinya yg diperolehi sewaktu pembebasan Jalula dulu. Barang ini sengaja disimpan untuk wangian di hari kematiannya nanti.
Kemudian isterinya disuuh mengambil secangkir air yang ditaburiya dengan kasturi yang dikacau dengan tangannya, lalu kata Salman r.a. kepada isterinya:
"Percikkanlah air ini ke persekitaran ku di ruangan ini! Sekarang telah hadir di hadapan ku makhluk ALLAH SWT, (Malaikat Maut) yang tiada ia makan atau minum, tetapi ia hanya suka wangi wangian...!"
Setelah selesai berkata ia pula kepada isterinya: "Tutuplah pintu dan turunlah!"
Perintah itupun diikuti oleh isterinya. Dan tidak lama antara isterinya kembali masuk semula, didapatinya roh yang penuh dengan keberkatan telah meninggalkan dunia dan berpisah dari jasadnya.. Ia telah mencapat alam tinggi, dibawa pulang sayap kerinduan, rindu memenuhi janjinya, untuk bertemu lagi dengan Rosulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan Umar r.anhuma, para syuhada serta sahabat-sahabat lainnya yang telah lebih awal pergi meninggalkannya di dunia yg fana ini...
No comments:
Post a Comment