"Itu adalah Malaikat yang sedang mendengar bacaan Al Qur'an mu wahai Usaid...!"
(Muhammad saaw)
Mus’ab bin ‘Umair r.a. seorang pemuda Makkah, tiba di
Yathrib sebagai pembawa tugas dakwah pertama dalam sejarah Islam. - DUTA ISLAM PERTAMA
Dia tinggal di rumah As’ad bin Zurarah r.a. (perwira dan
pembesar di zaman Jahiliyyah dan Islam serta antara penduduk Madinah pertama yg
memeluk Islam). As’ad r.a. adalah seorang pemimpin suku Khazraj. Selain menjadi
tempat persinggahan, rumah As’ad dijadikan pusat penyebaran dakwah agama ALLAH.
Sejak itu penduduk
Yathrib mulai mengikuti pertemuan pertemuan bersama pendakwah muda,
Mus’ab bin ‘Umair r.a. dan jumlah mereka semakin bertambah setiap hari dan
semakin besar. Mereka sangat tertarik dengan kata katanya yang halus, hujahnya
jelas, wataknya yang lembut dan sinar keimanan yang memandar dari wajahnya.
Selain itu, Mus’ab r.a. memiliki daya tarikan yg lebih kuat
yakni Al Quran yg dia baca dalam setiap pertemuan. Mus’ab r.a. membaca beberapa ayat Al-Qur’an yg begitu
jelas, dengan suaranya yg merdu dan nada yang indah sehingga banyak hati yg
keras menjadi luluh dan membuatkan orang yang mendengarnya tidak dapat menahan
titisan airmata. Untuk itu, tidak hairanlah jika di setiap akhir pertemuan
ramai penduduk Yathrib yg memeluk Islam dan beriman kepada ALLAH.
Pada suatu hari, As’ad bin Zurarah r.a. keluar bersama
tetamunya Mus’ab bin Umair r.a. untuk menemui sekelompok anggota suku Bani
Asyhal dan menerangkan ajaran Islam. Keduanya masuk ke kebun milik Bani Asyhal
dan duduk di tepi telaga yang airnya begitu jernih dan suasananya yang teduh
kerana dilindungi pokok pokok kurma.
Di tempat itu, berkumpul beberapa orang yg memeluk Islam dan
ada beberapa orang lagi yg baru mengetahui tentang Islam.
Mus’ab r.a. pun mulai menyampaikan dakwah dan khabar
gembira, sementara org2 yg duduk mengelilinginya mendengar dgn penuh minat
kerena terkesan oleh bicaranya yg sangat indah. Sementara di tempat lain,
muncul seseorang menemui Usaid bin Hudhair r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz yg merupakan pemimpin suku Aus.
Org itu datang untuk melaporkan bahawa pendakwah dari Makkah
yg selama ini jadi buah mulut, telah datang ke tempat yg begitu dekat dengan
tempat tinggal mereka. Dia boleh berada di tempat itu kerana ditemani oleh
As’ad bin Zurarah r.a. Setelah mendengar laporan itu, Sa’ad bin Mu’adz r.a. berkata
kepada Usaid bn Hadhair r.a.:
“Hai Usaid! Temui pemuda Makkah yang datang ke kampong kita
untuk memperdayakan orang orang yg lemah
dan mencaci maki tuhan tuhan kita. Suruh dia menghentikan kegiatannya
dan peringatkan agar jgn sekali kali menginjakkan kakinya ke kampong kita… Kalau
lah bukan kerana dia menjadi tetamu sepupuku, As’ad bin Zurarah r.a. dan
mendapat perlindungan darinya, maka aku sendiri yang akan mengusirnya!”
Usaid terus mengambil pisau panjangnya, lalu
bertolak menuju kebun yg sedang dijadikan tempat pertemuan oleh Mus’ab r.a.
Ketika As’ad bin Zurarah r.a. melihat kedatangan Usaid, dia
berkata kepada Mus’ab r.a.:
“Hai Mus’ab! Yg datang ini adalah seorang Pembesar,
pemikirannya cerdas dan memiliki sifat yg hampir sempurna. Dial ah Usaid bin
Hudhair. Jika dia mahu memeluk Islam, pasti ramai diantara kaumnya yg akan
mengikuti jejak langkahnya. Kerana itu, sampaikanlah ajaran allah dgn ringkas
dan gunakanlah cara yg terbaik”
Usaid berdiri menghadap org2 yg berkumpul di tempat itu,
lalu merenung kea rah Mus’ab r.a. dan sahabatnya sambil berkata:
“Apa tujuan kedatangan kalian ke kampong kami dan apa yang
membuat kalian berdua tertarik dengan penduduk awam kami? Keluarlah dari kampong
ini jika masih saying dgn nyawa kalian!”
Mus’ab r.a. berpaling kea rah Usaid dgn wajahnya yg
memancarkan cahaya iman, lalu berkata dengan penuh ketulusan dan sgt sopan:
“wahai Pembesar Aus, mahukah engkau mendengar sesuatu yg
lebih baik dari itu?”
Usaid menjawab: “Apakah itu?”
Mus’ab menjawab:
“Begini, engkau duduk dulu dan mendengarkan apa yang akan
kami sampaikan. Jika engkau suka dengan apa yg kami sampaikan, maka terimalah. Namun
jika tidak kami akan pergi dan tidak datang lagi ke sini”
Usaid menjawab: “Baiklah, itu keputusan yg adil” .. lantas
memacakkan tombaknya ke tanah
Mus’ab r.a mulai menerangkan hakikat Islam dan membacakan
beberapa ayat Al Qur’an di depan Usaid sehingga membuatnya merasa begitu tenang
dan cahaya terbit dari wajahnya sambil berkata:
“Sungguh indah sekali perkataanmu dan sungguh luhur bacaan
mu tadi. Apa yg harus dilakukan jika mahu memeluk Islam?”
Mus’ab r.a.
menjawab:
“Mandilah dan bershkanlatlah pakaian mu, lalu ucapkanlah kalimah syahadah
bahawa Tiada TUhan yg layak disembah kecuali
ALLAH dan Muhammad adalah utusan ALLAH, lalu solatlah dua roka’at”
Usaid terus menuju ke perigi lalu membersihkan dirinya.
Setelah itu dia mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yg layak
disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH, lalu solat dua roka’at.
Hari itu, jumlah pembela panji Islam bertambah dengan
bergabungnya seorang pahlawan Arab yg tersohor, sekaligus tokoh Aus yg
terkenal. Kaumnya menggelar Usaid al Kamil (sempurna) kerna sangat cerdas dan
berasal dari keluarga terhormat. Juga kerana menggabungkan dua keahlian
sekaligus iaitu pedang dan pena. Selain dikenali sebagai Pahlawan dan pandai
memanah, dia juga pandai membaca dan menulis.
Keputusan Usaid r.a. untuk memeluk Islam menjadi penyebab Sa’ad
bin Mu’adz r.a. masuk Islam dan diikuti ramai lagi yg turut memeluk agama
Islam. Semenjak Islamnya dua orang tokoh ini menjadi penyebab Islamnya majority
suku kaum Aus sehingga kemudian Madinah layak menjadi tempat hijrah Rosulullah saw
sekaligus benteng dan tonggak pemerintahan Islam.
Usaid bin Hudhair r.a. sangat menyukai Al Qur’an, sejak
mendengarnya pertama kali dari bacaan Mus’ab
r.a. seperti seorang yg menyukai kekasihnya. Ketekunannya mempelajari Al
Qur’an ibarat orang kehausan yang menemukan matair yg jernih di tengah hari
yang sangat panas. Al Qur’an benar benar menjadi pusat kesibukan yg mengunci
sebahagian besar waktunya. Sejak masuk Islam kegiatan utama Usaid r.a. ialah
berjihad di jalan ALLAH atau menyibukkan dirinya dengan membaca Al Qur’an.
Usaid r.a. mempunyai suara yg merdu, pengucapannya yg jelas
dan bacaan yg baik. Saat paling indah baginya untuk membaca Al Qur’an adalah
ketika malam sunyi iaitu ketika mahu terlelap dalam keadaan dan suasana yg
begitu tenang.